Menu

1 Bilion Pengguna WhatsApp Setiap Hari

WhatsApp ketika ini sangat popular sebagai alat perhubungan dengan mencatatkan 1 bilion pengguna WhatsApp setiap hari.

Dengan aplikasi WhatsApp, semua berita sama ada benar atau palsu akan tersebar sangat cepat contohnya, berita kemalangan ngeri di Johor seperti gambar dan video boleh tersebar sehingga ke Perlis dalam masa satu minit saja. Hebat bukan?

WhatsApp

Namun.. dalam kebaikan ada keburukannya juga. Aplikasi ini boleh menjadi sumber untuk menyebarkan fitnah dan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dengan penyebaran berita palsu.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Admin nampak memang banyak kebaikan seperti merapatkan hubungan dengan rakan dan keluarga  yang jauh dan kita dapat mengetahui apa-apa berita terkini dengan cepat cuma kita jangan terlalu cepat menyebarkannya, siasat dahulu kebenaran berita tersebut.

1 Bilion Pengguna WhatsApp Setiap Hari

WhatsApp mencatatkan seramai satu bilion pengguna aktif yang menggunakan perkhid­matan aplikasi tersebut pada setiap hari.

Pada tahun lalu aplikasi itu telah mengumumkan pencapaian satu bilion pengguna aktif bagi setiap bulan di seluruh dunia.

“Sama ada berkongsi foto dan video, panggilan video atau kemas kini harian kepada rakan dengan Status, komunikasi menerusi aplikasi ini adalah lebih mudah dan peribadi.

WhatsApp

“Kami menghargai sokongan orang ramai menggunakan ciri-ciri aplikasi ini untuk berhubung antara satu sama lain,” jelasnya dalam satu perkongsian blog di laman web rasmi mereka di sini hari ini.

Mesti Baca: Semak Waktu Solat Secara Online

Perkongsian foto di blog tersebut juga menunjukkan bilangan pengguna aktif bulanan ketika ini mencecah 1.3 bilion.

Selain itu, sebanyak 55 bilion mesej, 4.5 bilion foto serta satu bilion video dikongsi dan dihantar setiap hari menerusi platform berkenaan. – Sumber

WhatsApp banyak kebaikan tetapi malangnya ramai yang menyalahgunakan aplikasi tersebut dengan menyebarkan berita palsu dan fitnah.

Pastikan anda semak dahulu kesahihan berita sebelum menyebarkannya kepada orang ramai.

Paling penting! jangan leka sangat sampai terabai keluarga. Nanti anak tak makan pula mak sibuk melayan “group” WhatsApp 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!