Menu

10 Azam Tahun Baru Popular Setiap Tahun

10 Azam Tahun Baru Popular Setiap Tahun. Bila tiba tahun baru pasti ramai yang buat azam itu ini, macam-macam betul tak? Ada yang tercapai ada yang separuh jalan ada yang tak capai langsung. Admin sendiri pun ada azam yang capai ada yang tak capai. Ok jom kita tengok senarai azam tahun baru yang orang biasa fikirkan setiap tahun.

1. Menikmati kehidupan Sepenuhnya

Orang yang pasang azam macam ni sebenarnya mereka nak hidup dengan aman, tenang dan tak nak fikirkan sangat masalah. Yang dah lepas biarlah buat azam baru.

2. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Contohnya, bagi perokok mungkin azam tahun baru nak berhenti merokok. Ini azam yang baik tapi biasanya separuh jalan je. Ada yang berjaya tapi lagi ramai yang tak berjaya 🙂

azam tahun baru

3. Mengurangkan Berat Badan

Tengok cermin badan semakin membulat. Ohhhh.. tak boleh jadi aku mesti kuruskan badan. Jadi azam tahun baru golongan ini cuba mengurangkan berat badan. Ini sama kes dengan perokok. Ada yang berjaya ada yang tidak.

Baca Juga: Cara Buat Duit Dengan Adsense

4. Simpan Duit Dan Kawal Perbelanjaan

Kos sara hidup semakin tinggi dan anak-anak semakin membesar. Jadi azam tahun baru nak simpan duit untuk masa depan anak. Kurangkan belanja ke arah yang tak ada faedah. Bukan kurangkan belanja dapur dan tambah belanja rokok ya 🙂

5. Luangkan Lebih Masa Bersama Keluarga 

Kalau tahun lepas asyik kerja je cari duit sampai tak ingat bawa anak bini makan angin jadi azam tahun baru nak luangkan lebih banyak masa dengan keluarga. Kurangkan fokus dengan kerja. Kasihan anak-anak yang semakin membesar.

6. Bayar Atau Kurangkan Hutang

Ini satu azam tahun baru yang sangat baik. Hutang mesti kena bayar kita tak boleh lupa. Jadi tetapkan matlamat bayar hutang sebelum mati.

7. Melancong

Ada ke yang buat azam tahun baru lebihkan masa melancong? Mungkin ada. Tapi dalam situasi harga minyak naik kos sara hidup semakin tinggi azam jenis ni boleh lupakan. Kalau memang dah banyak sangat duit terpulanglah 🙂

azam tahun baru

8. Baca Lebih Banyak Buku

Ok inipun salah satu azam tahun baru yang bagus. Rasanya tak ramai yang buat azam macam ni. Kalau anda buat azam macam ni admin kasi tabik spring satu.

Baca Juga: Cara Menggunakan Kad Kredit Dengan Bijak

9. Tambah Berat Badan

Kalau tahun lepas kurus tahun depan aku nak gemuk. Jangan ingat orang gemuk je nak kurus tapi yang kurus macam admin pun ada pasang azam nak gemuk tahun ni 🙂

10. Luangkan Lebih Masa Untuk Hobi

Tekanan hidup, kesibukan kerja dan keluarga membuatkan ramai yang melupakan hobi mereka. Macam admin sendiri, hobi main gitar tapi sejak dah beranak pinak gitar pun entah ke mana letaknya.

Itulah 10 azam tahun baru yang biasa orang buat setiap tahun. Ada banyak lagi yang admin tak dapat senaraikan di sini.

Azam tahun baru admin ada dalam senarai di atas.

Azam anda pula?

Leave a Reply

error: Content is protected !!