10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan Atau Swasta

Mendapat panggilan temuduga kerja memang menyeronokkan terutama bagi graduan yang terlalu lama terperap di rumah kerana susah mendapat pekerjaan yang sesuai. Lebih malang lagi ada yang beberapa kali gagal temuduga kerja kerana tidak memenuhi kriteria yang diperlukan bakal majikan.  Itulah pentingnya mengetahui beberapa tips temuduga kerja sebelum hadir mana-mana temuduga kerja kerajaan atau swasta.

10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan Atau Swasta

1. Buat kajian sebelum hadir temuduga. Kaji bakal majikan dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana iamya bakal memberikan kefahaman kepada anda.

Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Pastikan baju digosok supaya nampak kemas dan menarik.

Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

Tips Temuduga Kerja

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa. Jangan datang lewat untuk temuduga kerja kerajaan atau swasta. Cuba untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

Baca Juga: Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?

5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan panel temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin dan jelas walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu tips temuduga kerja yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti atau kurang jelas apa yang dimahukan penemuduga.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh terbaik yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.

Tips Temuduga Kerja

Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan kerana daripada situ majikan melihat anda seorang yang bersemangat tinggi untuk mendapat pekerjaan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda bagi menunjukkan betapa anda serius dan berminat menjadi sebahagian daripada mereka.

Tindakan susulan selepas temuduga kerja adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Itulah 10 tips temuduga kerja kerajaan atau swasta yang boleh diamalkan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

Apa yang penting “jual diri” anda sebaik mungkin kepada bakal majikan dan tunjukkan kesungguhan yang tinggi sebelum menghadiri temuduga nanti.

Nasihat admin, jika hadir temuduga kerja “ala kadar” lebih baik anda pulang saja daripada membazir masa, wang dan tenaga.

Panduan Temuduga Kerja Dan Panduan Menulis Resume Kerja Pilihan Admin

Jika anda calon temuduga kerja kerajaan >> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Jika anda calon temuduga kerja swasta >> Rahsia Bijak Temuduga

Tidak tahu menulis resume kerja berkualiti?  >> Rahsia Resume Kerja 

Masukkan EMAIL dan NAMA anda di bawah untuk hebahan terkini informasi kerjaya kerajaan dan swasta, tips temuduga, panduan peperiksaan kerajaan serta informasi semasa.

Leave a Reply

error: Content is protected !!