145 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan SEA, Dengan Rasminya Sukan SEA 2017 Ditutup

145 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan SEA. Secara rasminya kontinjen Malaysia menjuarai Sukan SEA 2017 dengan pencapaian cemerlang dengan 145 pungutan emas seterusnya memecah rekod sebelum ini sebanyak 111 emas ketika Sukan SEA 2001 juga di laman sendiri.

145 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan SEA

Tahniah kepada semua atlit yang berusaha keras mengharumkan nama Malaysia. Tidak kira apa jenis pingat yang mereka dapat, kita seharusnya berbangga dengan kejayaan cemerlang ini. Cuma agak terkilan sedikit kerana kita terlepas mendapatkan “ibu segala emas”, sukan bola sepak.

UPDATE: Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan sebentar tadi. 

Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂

Menteri Belia Dan Sukan, Khiary Jamaluddin pasti akan diingati sebagai menteri pertama yang memungut pingat emas di Sukan SEA dan juga Menteri Belia Dan Sukan paling cemerlang walaupun sedikit tercalar dengan isu bendera Indonesia terbalik dan kontroversi dengan Sultan Johor (isu sukan polo) ketika kejohanan berlangsung.

145 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan SEA

Empire City menjadi saksi kepada pelengkap ke-145 pingat emas negara dalam Sukan SEA 2017 setelah pasukan 3000 meter speed skating berganti-ganti lelaki menjadi penyumbang terakhir pada hari penutup temasya itu di sini, hari ini.

Pasukan negara melibatkan De-Vin Wong, Mohamad Ariff Rasydan, Hazim Shahrum dan Khairil Ridhwan Khalil menaiki podium pertama selepas mencatat masa terpantas 4 minit 31.438 saat, diikuti Singapura (4:37.113s) perak, manakala gangsa sedang ditentukan.

Sukan SEA 2017 Ditutup Dengan Rasminya, Jumpa Di Sukan SEA Filipina 2019

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penutupan secara rasmi Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Beliau turut menyeru seluruh penduduk di negara-negara ASEAN menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan dalam kalangan mereka.

145 Emas Pencapaian Terbaik Malaysia Di Sukan SEA

Gambar: Utusan Online

Perdana Menteri pada masa sama mengumumkan bahawa Sukan SEA ke-30 akan berlangsung di Filipina pada 2019 dan mendoakan negara tersebut berjaya dalam menganjurkan temasya dwitahunan itu.

Serentak perisytiharan, penutupan obor Sukan SEA yang menyala sepanjang pertandingan berlangsung dipadamkan.

Jumpa lagi di Sukan SEA 2019 di Filipina!

145 emas pencapaian terbaik Malaysia di Sukan SEA. Tahniah semua atlit, pegawai dan juga rakyat Malaysia yang tak henti menyokong atlit negara.

Admin tahu ramai yang mengharapkan Perdana Menteri isytihar Cuti Umum Kejayaan Cemerlang Sukan SEA 2017 betul tak 🙂

UPDATE: Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan cuti umum Sukan SEA 2017 pada hari Isnin (04/09/2017) ketika majlis penutupan sebentar tadi. 

Terima Kasih Perdana Menteri! Selamat bercuti semua 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!