Menu

150 Doktor Pakar Letak Jawatan Setiap Tahun

Hampir 150 doktor pakar letak jawatan setiap tahun menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya ketika ditanya di Dewan Rakyat.  Semua doktor pakar itu bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada Januari hingga September tahun ini kira-kira 128 doktor pakar letak jawatan, manakala 124 orang mengambil langkah yang sama tahun lepas.

150 Doktor Pakar Letak Jawatan

“Unjuran sejak enam tahun lepas masalah doktor pakar yang meletakkan jawatan adalah hampir 150 orang setahun, kita terus kehilangan mereka menyebabkan antara faktor kurangnya doktor pakar,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Baca Juga: Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan?

Ikmal Hisham ingin tahu keseriusan masalah kekurangan doktor pakar di negara ini dan sama ada Malaysia mampu mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 pesakit menjelang 2020.

Hilmi berkata, antara sebab doktor pakar meletakkan jawatan ialah mereka menunggu terlalu lama untuk dinaikkan pangkat – Sumber Kosmo Online (07/11/2016)

Memang tak nafikan peluang kenaikan pangkat dalam keraajan agak sukar buat masa sekarang dengan pembekuan ambilan jawatan bagi mengurangkan kos kerajaan.

Masa menunggu terlalu lama membuatkan doktor pakar letak jawatan dan lari ke hospital swasta dengan gaji lebih tinggi.

Kerajaan perlu melakukan sesuatu kerana kekurangan doktor pakar di hospital kerajaan akan menyukarkan pihak hospital di kemudian hari.

Baca Juga: Peperiksaan PTD 2016: Contoh Soalan Rujukan Exam PTD

Leave a Reply

error: Content is protected !!