25,000 Peluang Kerja Dan Latihan SL1M 2017

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu ketika ini, mencari pekerjaan memang susah walaupun ada segulung ijazah. Peluang kerja tidak banyak, kerajaan pun mengurangkan ambilan baru kakitangan awam malah ura-ura mengecilkan kakitangan kerajaan pun semakin kuat diperkatakan.

Baca: Panas! Ramai Kakitangan Kerajaan Akan Diberhentikan?

Di mana nak cari kerja?

Ijazah tak cukup untuk menjamin anda mendapat pekerjaan. Salah satu sebabnya jumlah graduan melebihi jumlah peluang pekerjaan.

Bayangkan untuk satu jawatan kosong jumlah permohonan puluhan ribu, setelah ditapis yang dipanggil temuduga ratusan calon.

Bagaimana nak bersaing dengan ratusan calon temuduga hanya untuk satu jawatan!

Baca: Cabaran Mendapat Kerjaya Idaman, Ijazah Saja Tak Cukup! 

Tapi, jangan berhenti berusaha mencari pekerjaan yang sesuai. Paling penting jangan terlalu memilih!

Cari pengalaman kerja dahulu di mana-mana kerana pengalaman kerja aset paling bernilai ketika ini daripada hanya sekeping kertas bernama ijazah.

Hampir 25,000 Peluang Kerja Dan Latihan SL1M 2017

Berita baik untuk pencari kerja!

Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2017 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 21 dan 22 Februari 2017 menawarkan 25,000 peluang kerja dan latihan.

  • Tarikh Program: 21 dan 22 Februari 2017
  • Tempat: Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
  • Masa Pendaftaran: 07.30 Pagi

Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2017 terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang dua hari program dijalankan antaranya pemberian cenderahati percuma kepada 40,000 pencari kerja pertama serta sesi motivasi dan taklimat untuk menghadiri temuduga kerja.

Peluang Kerja

SL1M 2017 terbuka kepada semua daripada hanya berkelulusan darjah enam atau sekadar pandai membaca sehinggalah ke pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD).

Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 melibatkan lebih 100 syarikat besar dan kecil dan beratus-ratus temuduga akan dijalankan secara terus.

Ini bermakna peluang untuk mendapat sekurang-kurangnya satu pekerjaan mungkin cerah pada hari temuduga terbuka nanti.

Jadi, jangan mengeluh susah dapat kerja. Peluang sudah terhidang cuma nak ambil atau terus menjadi penganggur.

Apa Kelebihan Menghadiri Program Temuduga Terbuka SL1M 2017?

Bagi mereka yang hadir pada sesi temuduga terbuka ini akan berpeluang mengikuti program-program seperti berikut:

  • Soft Skills
  • Inhouse
  • On-Job-Training
  • Belajar Cara Membuat Resume
  • Skil Komunikasi dan Penampilan Menghadiri Temuduga

Melalui program SL1M, graduan kebiasaannya akan mendapat pekerjaan selepas mereka menjalani latihan.Peluang Kerja

Mesti Baca: Skim Latihan 1Malaysia Bantu Graduan Dapat Kerja

Jangka masa latihan bergantung kepada keperluan syarikat yang melatih dan tempoh maksimum adalah 12 bulan.

Jangan lepaskan peluang hadir ke program ini kerana terdapat pelbagai peluang kerja dan latihan. Paling penting, jangan lupa bawa resume dan pastikan berpakaian kemas. Baca Rahsia Resume Kerja

Sekali lagi admin nak ingatkan…

Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Tengah 2017 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 21 dan 22 Februari 2017.

Jangan asyik mengeluh. Peluang kerja dah ada cuma nak atau tak saja..

Jangan terlepas ok 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!