Menu

300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengumumkan 300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Bagi yang berkelayakan ijazah dan berminat untuk menjadi Pegawai PTD boleh memohon di Laman Rasmi SPA Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 September 2016.

Iklan 300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Proses Pengambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Proses ambilan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 di bawah seliaan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kelayakan minimum adalah Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara. Permohonan untuk mengisi jawatan PTD ini adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Jika layak tapisan awal anda akan dipanggil untuk mengambil Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan sekiranya lulus peperiksaan anda akan dipanggil untuk PTD Assessment Centre (PAC) yang merupakan mekanisme bagi membantu JPA membuat penilaian terhadap kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk dipanggil Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik seterusnya dilantik ke perkhidmatan awam.

Permohonan SPA —> Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik —> PAC —> Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik —> Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam Sebagai PTD 

Bentuk Penilaian PTD Assessment Centre (PAC)

Program PAC tersebut akan dilaksanakan selama tiga hari dan aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

1) Kualiti Personal

2) Pengetahuan

3) Kemahiran

Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain. Jika calon berjaya melepasi penilaian PAC ini barulah akan dipertimbangkan ke peringkat akhir pengambilan PTD iaitu Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41.

Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41

Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temuduga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyusun nama-nama calon mengikut keutamaan atau ranking. 

Seterusnya data-data calon tersebut akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temuduga.

Begitulah secara ringkas proses pengambilan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Jawatan ini adalah eksklusif dan dipandang tinggi dalam perkhidmatan awam. Menjadi satu kebanggaan kepada diri dan keluarga jika anda menjadi seorang PTD.

Jika anda benar-benar berminat ada “300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41“. Mohonlah segera dan bersiap sedia untuk dipanggil Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik nanti 🙂

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Tujuan peperiksaan PTD adalah untuk menapis sebanyak mungkin atau mengurangkan bilangan calon yang layak dipanggil PAC nanti. Oleh itu , anda TIDAK boleh gagal peperiksaan ini. Fokus UTAMA adalah LULUS peperiksaan PTD barulah anda boleh fikir laluan seterusnya.

Ada yang berkata Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik sangat susah dan peratusan gagal tinggi. Jangan pedulikan cakap-cakap itu semua. Tiada jalan pintas untuk berjaya!

Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Kebiasaannya ada 3 bentuk Ujian yang perlu dihadapi semasa peperiksaan PTD nanti. TIADA lagi soalan esei selepas peperiksaan online dijalankan. Formatnya seperti berikut:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik

Format Peperiksaan PTD yang tepat akan diketahui sebaik saja SPA mengumumkan tarikh peperiksaan PTD. Kami akan update nanti khas untuk anda.

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

300 Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Rujukan Peperiksaan PTD ini dalam bentuk EBOOK yang mana anda boleh akses melalui LINK KHAS yang diberi melalui EMAIL. Ebook Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini telah membantu ribuan calon lulus peperiksaan PTD sejak 2009. Di antara isi kandungan ebook ini:

  1. Penerangan lengkap Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

  2. Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan Jawapan untuk setiap Seksyen (dikemaskini mengikut tahun semasa)

  3. Nota Khas GTP mengikut tahun semasa

  4. Nota Isu Semasa mengikut tahun semasa

  5. Koleksi Soalan Matematik

  6. Pakej Soalan Sahsiah dan Minat

  7. UPDATE PERCUMA 5 tahun (jika gagal anda TIDAK perlu beli lagi)

  8. Macam-macam lagi

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini hanya dibuka apabila SPA mengumumkan tarikh rasmi peperiksaan PTD dan akan ditutup sebelum peperiksaan bermula.

Jika tak mahu terlepas pandang masukkan NAMA dan EMAIL di bawah. Nanti admin akan maklumkan seberapa pantas melalui email apabila Rujukan Peperiksaan PTD ini dibuka.

 

Semoga impian anda menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 akan tercapai nanti. Mulakan langkah anda hari ini untuk masa depan gemilang 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!