Menu

3,714 Mangsa Penipuan Umrah Sejak 2012

Seramai 3,714 orang menjadi mangsa penipuan umrah sejak 2012 sehingga Oktober 2016 menurut Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar).

Jumlah kerugian yang dialami oleh kesemua mangsa penipuan umrah selama empat tahun ini seperti yang dilaporkan kepada pihak polis dan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dianggarkan mencecah RM30.8 juta.

Penduduk Kuala Lumpur dilaporkan paling banyak menjadi mangsa penipuan umrah tersebut dengan jumlah kerugian mencecah RM4 juta.

Baca Juga: Kos Bayaran Haji Kekal RM9,980

Mangsa hanya sedar ditipu apabila terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan jumlah kerugian yang dicatatkan ini berdasarkan mereka yang telah membuat laporan. Namun, jumlah ini mungkin akan lebih besar kerana ada mangsa yang tidak membuat laporan.

Ada di kalangan mangsa didapati membayar wang untuk menunaikan umrah kepada individu yang menawarkan pakej umurah dan juga menggunakan perkhidmatan daripada syarikat tidak berlesen.

Untuk makluman, harga lantai bagi pakej standard ekonomi umrah selama 12 hari 10 malam tidak boleh kurang daripada RM4,900 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Kawal Selia Umrah.

Orang ramai perlu menjadikan jumlah RM4,900 ini sebagai penanda aras sebelum mengambil mana-mana pakej umrah daripada ejen perseorangan atau syarikat. Jika harga yang ditawarkan kurang daripada harga lantai ini boleh dianggap sebagai satu cubaan penipuan.

penipuan umrah

Berkenaan isu penajaan umrah pula, sumber tersebut memberitahu, mana-mana syarikat berlesen tidak dibenarkan mengiklankan sebarang iklan pakej umrah pada harga di bawah RM4,900.

Baca Juga: Lembaga Tabung Haji Tanggung Subsidi 200 Juta

Syarikat yang memaklumkan mereka ada tajaan umrah perlu membuktikan kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebelum iklan tersebut disiarkan.

Orang ramai boleh menyemak status syarikat pengendali umrah melalui laman web i-umrah jawhar atau www.jawhar.gov.my/umrah bagi mengelakkan sebarang cubaan penipuan umrah – Sumber Utusan Online

Ibadat pun orang boleh guna untuk buat duit. Orang ramai hendaklah peka dan sentiasa bertanya dengan terperinci sebelum menyerahkan duit kepada sesiapapun atas apa urusan sekalipun.

Jika dah terkena putih mata menangis pun tak guna lagi. Niat nak pergi umrah terkubur duit pun hilang. Zaman sekarang nak menipu cukup mudah dan yang lebih menyedihkan golongan yang tertipu adalah daripada warga emas.

Umrah merupakan satu ibadah, namun aspek muamalat juga penting untuk diketahui. Fahami konsep muamalat sebelum terjerat menjadi mangsa penipuan umrah.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!