5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas SST

Sebaik sahaja GST dimansuhkan dan digantikan dengan GST, beberapa impak awal dapat dilihat sama ada positif dan negatif. Terpulang kepada penerimaan orang ramai untuk menilainya kerana SST baru sahaja dilaksanakan, kita perlu beri masa untuk melihat sejauh mana SST memberi impak positif atau tidak. Terbaru, 5 jenama kereta turun harga selepas SST dilaksanakan.

Ini impak positif atau tidak?

Bagi admin, harga kereta turun tidak terlalu memberikan impak kepada orang ramai kerana yang menjadi kerisauan adalah harga minyak yang masih tidak turun sejak Pakatan Harapan memerintah. Selain itu, harga barang juga tidak menampakkan tanda-tanda turun harga.

Pendek kata, orang ramai lebih risaukan barangan keperluan harian, kos sara hidup dan harga minyak kerana inilah yang digunakan setiap hari.

Apakah 5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas SST?

Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.

5 Jenama Kereta Turun Harga Selepas SST

Mesti Baca: Harga Rokok Naik Selepas SST?

“Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Eng berkata, bagi harga sebuah kereta Proton Axia harga yang dikenakan selepas pelaksanaan SST adalah RM40,390 berbanding RM41, 497 iaitu penurunan sebanyak RM1,107 semasa dikenakan cukai GST.

“Bagi kereta Myvi 1.5 harga kini adalah RM54,090 berbanding RM55,300, Honda Jazz 1.5 berharga RM83,633 (sebelumnya RM85,750), Toyota Vios RM93,200 berbanding dahulu RM93,980 manakala kereta jenis Volkswagen Polo hanya RM74,900 berbanding harga semasa dikenakan GST iaitu RM76,888,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, jenama BMW 118i turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM3,000 iaitu RM185,800 dari RM188,800 sebelum ini. – Sumber

Senarai 5 jenama kereta turun harga selepas SST adalah Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.

Bagi admin, harga kereta turun ke tidak bukan penting sangat, Harga minyak yang tak turun sejak Pakatan Harapan memerintah apa cerita???

Leave a Reply

error: Content is protected !!