Gempar! 50 Ribu Bakal Dibuang Kerja

Masuk sahaja tahun baru 2018 ini sudah ada berita yang tidak enak didengar iaitu kira-kira 50 ribu bakal dibuang kerja.

Bayangkan jika anda dibuang kerja?

Tentunya ianya satu mimpi ngeri jika dibuang kerja terutama bagi yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Ianya ibarat hukuman mati!

Hari ini tersebar secara meluas di media sosial berita 50 ribu bakal dibuang kerja tahun 2018 ini terutama dalam sektor pembuatan. Jom kita baca petikan berita tersebut.

Gempar! 50 Ribu Bakal Dibuang Kerja..

Seramai 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini, dengan sektor pembuatan berkemungkinan paling teruk terjejas.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, selain sektor pembuatan, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan juga dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

“Antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja ini adalah levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerja (EIS).

“Pelaksanaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dan cuti perseorangan turut menyumbangkan kepada faktor pengurangan tenaga kerja,” katanya yang dipetik dalam laporan The Sun Daily, semalam.

Mengikut rekod, seramai 38,499 pekerja kehilangan pekerjaan pada 2015. Angka itu bagaimanapun menurun pada 2016 iaitu 37,699.

Mesti Baca: Kena Buang Kerja Serta Merta? Lawan Majikan Dengan Akta Pekerjaan!

dibuang kerja

Namun, bagi tahun lalu, setakat September 2017 seramai 30,700 pekerja diberhentikan.

Selain itu, Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu, turut memberi impak terhadap majikan untuk menggaji pekerja.

“Sesetengah majikan pula, mungkin enggan mengambil pekerja baru bagi menggantikan mereka yang telah bersara, dengan alasan tidak mahu menanggung beban kos tambahan.

“Majikan juga lebih banyak mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerugian kepada syarikat,” katanya.

Sementara itu katanya, sektor automotif dijangka terus mengalami pengurangan pekerjaan, berikutan penggunaan robotik dan teknologi maklumat.

“Begitu juga dengan sektor perbankan dan insurans yang dijangka mengalami nasib sama.

“Sementara itu, syarikat multinasional juga dijangka beralih ke negara yang menawarkan kos buruh lebih murah seperti Kemboja dan Laos, di mana kos upah hanya RM402 sebulan berbanding RM1,000 di sini,” katanya. – Sumber

Berita 50 ribu bakal dibuang kerja ini seperti hadiah tahun baru.

Harap ianya tidak benar dan jika berlaku sekalipun harap pekerja yang dibuang mendapat pembelaan sewajarnya.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!