600 Ribu Kopi Percuma Stesen Minyak Petronas Tahun Baru Cina

Sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi, sebanyak 600,000 kopi percuma bersama snek akan diedarkan kepada mereka yang akan membuat perjalanan jauh ke kampung halaman masing-masing sempena Tahun Baru Cina menerusi kempen ‘Petronas Coffee Break‘.

Kempen yang sudah memasuki tahun ke-18 itu dianjurkan oleh Petronas Dagangan Berhad (PDB) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya yang akan turut menyampaikan mesej ‘Tujuh Tips Keselamatan Jalan Raya‘ di stesen minyak Petronas di seluruh negara.

kopi percuma

Sebanyak 121 stesen minyak Petronas di sepanjang lebuh raya, jalan utama dan kawasan trafik sesak akan menyertai kempen dari 28 hingga 29 Januari dan 30 hingga 31 Januari ini bermula 2 petang selagi stok masih ada.

Mesti Baca: Tahun Baru Cina: Rebat Tol 50 Peratus PLUS

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunos berkata, PDB juga akan bekerjasama dengan rakannya bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan keselamatan seperti 20 langkah pemeriksaan keselamatan terhadap kereta Proton yang dikendalikan oleh kakitangan syarikat automotif itu.

Semua ini boleh didapati secara percuma dan merupakan sebahagian daripada kempen tahunan PDB semasa perayaan Hari Raya dan Tahun Baru Cina – Sumber Kosmo! Online

Dapatkan 600 ribu kopi percuma bersama snek sempena Tahun Baru Cina 2017 di stesen minyak Petronas terpilih.

Kepada yang pulang ke kampung Tahun Baru Cina ni boleh dapatkan kopi percuma nanti selagi masih ada stok.

Benda percuma ni biasanya cepat je habis.

Jadi, jangan berharap sangat. Baik bawa kopi siap-siap dari rumah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!