Menu

75,819 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak 2015

75,819 Rakyat Malaysia hilang kerja sejak 2015 sehingga September 2016 tahun ini menurut kenyataan daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Mutalib.

Statistik Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak 2015 Sehingga September 2016

  • 44,343 pekerja di negara ini telah diberhentikan kerja pada 2015
  • 24,452 individu diberhentikan secara biasa
  • 19,891 individu secara sukarela (VSS)

“Statistik pada bulan Januari hingga September 2016 menunjukkan seramai 31,476 individu turut diberhentikan kerja yang melibatkan pekerja daripada pelbagai sektor di negara ini”.

“Daripada jumlah statistik 2016, seramai 17,051 orang atau 54.2 peratus diberhentikan kerja secara biasa manakala seramai 14,426 orang atau 49.9 peratus diberhentikan secara VSS,” katanya dalam Sidang Dewan Rakyat pada 01 November 2016. Sumber

Daripada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini membuatkan kita tertanya-tanya apakah nasib puluhan ribu rakyat Malaysia hilang kerja ini?

Bagi individu yang berhenti kerja secara sukarela (VSS) mungkin mengalami kesan yang tidak terlalu ketara kerana mereka mendapat pampasan yang boleh digunakan untuk pelaburan atau memulakan perniagaan kecil.

Bagaimana pula nasib rakyat Malaysia hilang kerja kerana diberhentikan secara biasa atau terpaksa? Dalam situasi ekonomi tidak menentu dan kos sara hidup melambung tinggi ketika ini pasti membuat golongan tersebut “terduduk”.

75,819 Rakyat Malaysia Hilang Kerja Sejak 2015. Masih adakah Ruang Untuk Kembali Bekerja?

Lambakan graduan menganggur akan lebih menyukarkan rakyat Malaysia hilang kerja kerana perlu bersaing dengan graduan.

Bagi yang masih muda mungkin boleh mencuba memohon kerja kerajaan tetapi situasi ekonomi semasa yang tidak menentu membuatkan kerajaan menghadkan kemasukan kakitangan baru dan membekukan beberapa jawatan kerajaan.

Rakyat Malaysia Hilang Kerja

Bukan itu saja, apabila bercakap perkara mencari pekerjaan ini ada macam-macam rintihan daripada pencari kerja dan graduan seperti:

  • Susah nak dapat kerja
  • Dah ambil peperiksaan SPA tapi tak pernah lulus
  • Dah hantar puluhan resume tetapi tidak dipanggil temuduga
  • Dah pergi puluhan temuduga tapi tak pernah lepas
  • Tak tahu nak cari kerja kat mana
  • Tak ada kabel

Baca Juga: Susah Sangat Ke Dapat Kerja Kerajaan

Tetapi itu bukan alasan untuk berdiam diri dan menghitung nasib apabila dibuang kerja. Masih ada bayak ruang untuk masuk dalam kerjaya swasta.

Peluang kerja kerajaan mungkin tertutup buat masa ini (sementara) akibat pembekuan ambilan baru jawatan kerajaan tetapi peluang kerjaya swasta tetap terbuka luas.

Rakyat Malaysia Hilang Kerja

Sebab utama ramai pencari kerjaya susah dapat kerja swasta mudah sahaja kerana mereka tidak tahu cara sebenar bagaimana nak dapat kerja swasta. Itu sahaja.

Anda perlukan maklumat yang tepat dan strategi untuk dapat masuk kerjaya swasta. Bukan setakat buat resume kerja panjang berjela dan hantar ke 100 syarikat tetapi akhirnya ditolak. Resume masuk bakul sampah sebelum sempat dipanggil temuduga kerja.

Rakyat Malaysia Hilang Kerja Dan Graduan. Mengapa Kerjaya Swasta Menjadi Pilihan?

  • Gaji yang fleksibel. Gaji boleh dibincangkan. Ada pengalaman boleh dapat gaji lebih tinggi.
  • Caruman KWSP menjadi simpanan masa depan.
  • Polisi Takaful. Kebanyakan syarikat menyediakan perlindungan takaful.
  • Kerja lebih berdisiplin dan memnetingkan produktiviti
  • Bonus tahunan jauh lebih lumayan daripada kakitangan awam
  • Faedah cuti.
  • Anda tidak terikat. Tidak serasi anda boleh berhenti bila-bila masa. Kakitangan kerajaan tidak boleh begitu.

Jika anda dalam golongan rakyat Malaysia hilang kerja dan graduan yang masih menganggur atau masih tercari-cari pekerjaan sesuai anda perlu serius sekarang!

Dapatkan teknik dan tips untuk dapat kerja swasta terbaik dan menjamin masa depan. Jangan goyang kaki dan tunggu lagi kerana hutang banyak hendak dibayar dan tanggungan lagi.

Teknik Dan Tips Dapat Kerja Swasta Terbaik

Rakyat Malaysia Hilang Kerja

Ebook ini disusun untuk bantu graduan dan pencari kerja untuk masuk kerjaya swasta. Anda akan dibantu daripada strategi dan tips masuk kerjaya swasta di antaranya:

  • Bagaimana cara tepat memilih kerjaya
  • Bagaimana memilih majikan
  • Lubang mencari kerja kosong
  • Lubuk-lubuk rahsia untuk cari kerja
  • Cara menyediakan resume tepat untuk kerja swasta
  • Tips untuk berjaya temuduga swasta
  • Bagaimana untuk buat majikan suka dan memilih anda
  • Bagaimana untuk paksa majikan naikkan gaji anda
  • ….. dan banyak lagi!

Bagaimana Cara Mendapatkan Ebook Teknik Dan Tips Dapat Kerja Swasta Terbaik Ini?

Mudah sahaja hanya masukkan NAMA dan EMAIL anda di bawah untuk kami hantarkan cara mendapatkan ebook ini.

 

Kepada rakyat Malaysia hilang kerja dan graduan yang masih menganggur atau masih tercari-cari pekerjaan sesuai anda perlu serius sekarang!

Jangan terlalu lama termenung memikirkan masa depan kerana anda yang tentukan masa depan bukan orang lain

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!