8 Kriteria Menjadi Pekerja Profesional, No. 6 Ramai Yang Tak Mampu

Adakah anda seorang pekerja yang profesional? Layakkah anda melabelkan diri anda seorang yang profesional? Atau anda sendiri tidak sedar anda seorang pekerja yang profesional? Semua persoalan ini boleh disahkan jika anda menepati 8 kriteria menjadi pekerja profesional.

Sebelum itu, adakah mudah menjadi seorang pekerja yang profesional? Menyebutnya memang mudah tetapi realitinya berbeza.

Paling penting, sesiapa sahaja boleh menjadi pekerja profesional. Hanya keazaman dan semangat boleh merubah diri kita menjadi pekerja yang lebih baik.

8 Kriteria Menjadi Pekerja Profesional

Jika anda menepati 8 kriteria ini, tidak syak lagi anda seorang pekerja yang profesional! Jika tidak, anda boleh mengaplikasikan kriteria-kriteria ini untuk kemajuan kerjaya pada masa hadapan.

1) Cemerlang

Pekerja profesional akan melakukan tugas dengan cemerlang. Seorang pekerja yang profesional boleh melakukan apa sahaja kerja yang diberikan, tidak pernah berkata tidak dan mengalah sebelum melakukan tugasan.

Mereka juga bekerja bersunguh-sungguh dan sentiasa mencari jalan menyelesaikan masalah walau apa cara sekalipun.

2) Berinisiatif

Pekerja profesional bijak mecari peluang. Mereka tidak perlu diarah dan dipaksa untuk melakukan tugasan. Mereka juga tidak perlu dipantau setiap masa dan bijak mencari jalan menyelesaikan kerja.

Mesti Baca: 8 Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja, No. 4 Tak Ramai Yang Buat

8 Kriteria Menjadi Pekerja Profesional

3) Niat Positif

Pekerja profesional bekerja dengan niat positif. Mereka tidak terlalu memikirkan pangkat, imbuhan dan kedudukan dalam menyelesaikan tugasan. Dengan niat positif, kejayaan dan kedudukan akan datang dengan sendirinya bagi mereka yang profesional.

4) Bertanggungjawab

Pekerja profesional adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap tugasan mereka. Mereka yang bekerja dengan masyarakat akan melakukan tanggungjawab sosial tanpa memikirkan keuntungan kepada diri sendiri.

Apabila berurusan dengan pelanggan, kehendak dan keperluan pelanggan melebihi kehendak mereka sendiri.

5) Cekap Menguruskan Masa

Istilah tidak sempat, tidak cukup masa dan lewat tiada dalam kamus hidup pekerja profesional kerana mereka cekap menguruskan masa untuk menyelsaikan tugasan.

6) Jujur Dan Amanah

Pekerja profesional melakukan kerja dengan jujur dan amanah. Mereka tidak gemar mencuri tulang dan menipu ketika bekerja.

Mesti Baca: Enam Tips Menjadi Pekerja Terbaik Tahunan

7) Bermoral Dan Bertatasusila

Mereka memiliki moral yang baik dan bertatasusila. Mereka bijak berurusan dengan majikan, orang awam, masyarakat dan sesiapa sahaja dengan sopan dan mesra. Mereka juga bijak mengawal kemarahan dan sentiasa bersabar dengan kerenah orang di sekeliling.

8) Insaf Dan Sedar Diri

Mereka sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Pekerja profesional sentiasa sedar diri dan peka dengan nasib orang lain. Mereka tidak mementingkan diri sendiri dan tidak mudah lupa diri apabila diulit kemewahan.

Mereka juga sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan tidak menjadikan kelemahan mereka sebagai kekurangan sebaliknya kekuatan untuk mengatasi kelemahan mereka.

Itulah 8 kriteria menjadi pekerja profesional yang mungkin menepati diri anda. Jika tepat, tahniah! anda memang pekerja profesional.

Jika tidak menepati atau kurang menepati kriteria-kriteria di atas bukan bermakna anda pekerja yang tidak baik, ruang untuk berubah sentiasa terbuka dan terpulang kepada individu memilih untuk berjaya atau tertinggal ­čÖé

Leave a Reply

error: Content is protected !!