Abang Bomba Gemuk I’m Not Love U

Admin terbaca di Kosmo Online anggota bomba gemuk atau dalam bahasa lembutnya mengalami masalah obesiti sukar naik pangkat atau mendapat sebarang anugerah.

Tiba-tiba admin teringat drama yang menjadi bualan hangat walaupun tak pernah sekali admin tengok iaitu “Abang Bomba, I Love U”.

Tapi… ini versi lain pula, “Abang Bomba Gemuk I’m Not Love U”..

Bomba Gemuk

Poster Drama Abang Bomba, I Love U

Bomba Gemuk Sukar Naik Pangkat

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memandang serius masalah kira-kira 1,400 pegawai dan anggotanya di seluruh negara yang mengalami masalah obesiti kerana ia menjejaskan prestasi kerja mereka.

Ketua Pengarah­nya, Datuk Wira Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, walaupun hanya 10 peratus daripada 14,000 pegawai dan anggotanya yang menghadapi masalah itu, namun jumlah tersebut cukup membimbangkan beliau.

Mesti Baca: Kerja Di Singapura, Gaji Cleaner Saja RM3000. Nak Cuba Nasib?

Menurutnya, jika pegawai dan anggota terlibat tidak segera menangani masalah tersebut, mereka akan berdepan dengan kesukaran untuk dinaikkan pangkat dan dipertimbangkan menerima sebarang anugerah – Sumber

Bomba Gemuk

Kalau macamni abang bomba, banyak pula rumah sengaja dibakar

Sebaik-baiknya anggota keselamatan atau badan beruniform memiliki tubuh yang sedang-sedang saja..

Nampak janggal pula kalau bomba gemuk nak panjat tangga semasa memadam kebakaran atau semasa menangkap ular contohnya.

Paling penting….

Kenaikan pangkat dan anugerah susah nak dapat bagi anggota yang mengalami masalah obesiti. Ingat tu!

Bukan apa bos susah nak nilai, nanti jadilah abang bomba gemuk i’m not love u!

Leave a Reply

error: Content is protected !!