Ada Bisnes? Baca Perbelanjaan Yang Dibenarkan Tolakan Cukai LHDN

Perbelanjaan yang dibenarkan tolakan cukai LHDN mesti diketahui setiap individu yang menjalankan perniagaan dengan memastikan perbelanjaan dilakukan dalam perniagaan tersebut memenuhi syarat dan prinsip yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Perbelanjaan Yang Dibenarkan Tolakan Cukai LHDN

Ada Bisnes? Baca Syarat Dan Prinsip Perbelanjaan Yang Dibenarkan Tolakan Cukai LHDN

1) Perbelanjaan tersebut hendaklah dilakukan sepenuh dan semata-mata dalam menghasilkan pendapatan

2) Perbelanjaan dibenarkan di bawah subseksyen 33 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan tidak dihalang oleh peruntukan subseksyen 39 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu perbelanjaan berkenaan bukanlah perbelanjaan modal atau berunsur peribadi tetapi perbelanjaan hasil

3) Contoh perbelanjaan dibenarkan di bawah Subseksyen 33(1):

  • Bayar bil telefon pejabat
  • Bayar gaji pekerja
  • Sewa peralatan untuk majlis anugerah pekerja

4) Contoh perbelanjaan tidak dibenarkan di bawah Subseksyen 39(1):

  • Bayar bil telefon rumah kediaman
  • Bayar gaji pembantu rumah
  • Sewa peralatan untuk jamuan hari jadi anak

Dalam pengiraan cukai, setiap individu yang menjalankan perniagaan hendaklah memastikan perbelanjaan dilakukan dalam perniagaan memenuhi syarat dan prinsip yang ditetapkan LHDN.

Pembayar cukai boleh merujuk portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di www.hasil.gov.my atau hubungi talian Hasil Care Line di 1-800-88-5436 untuk makluman lanjut.

Jika ada kekeliruan berhubung perbelanjaan yang dibenarkan tolakan cukai LHDN, sila layari portal LHDN, hubungi talian Hasil atau terus ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri berhampiran anda.

Baca Juga: Harga Gula Naik Tunggu Keputusan Kerajaan

Leave a Reply

error: Content is protected !!