Menu

Ahmad Bashah Kena ‘Boo’ Lagi, Digesa Letak Jawatan Presiden KFA Segera.

Ahmad Bashah Kena ‘Boo’ Lagi. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah digesa meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta-merta kerana insiden “boo” yang dialami beliau semasa perlawana akhir Piala Malaysia 2017 di antara Kedah menentang Johor DArul Ta’zim (JDT) Sabtu lepas.

Gesaan ini dibuat oleh PEMUDA Umno Kedah sendiri yang tidak sanggup melihat lagi Menteri Besar Kedah mendapat layanan sedemikian rupa pada masa hadapan.

Admin tak tahu nak cakap apa, rasanya belum pernah Menteri Besar sesebuah negeri kena “boo” oleh penyokong bola sepak. Insiden Menteri Besar kena “boo” bukan sahaja menjatuhkan air muka sendiri malah memberi kesan kepada parti politik yang terbabit dalam mana-mana persatuan atau kelab.

Lebih baik jangan ada penglibatan langsung mana-mana ahli parti politik dalam mana-mana kelab atau persatuan sukan. Biarlah yang “ahli” dalam bidang sukan menguruskannya, mereka lebih memahami.

Ahmad Bashah Kena ‘Boo’ Lagi, Digesa Letak Jawatan Presiden KFA Segera.

PEMUDA Umno Kedah menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah mempertimbangkan kemungkinan untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta-merta.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan segelintir penyokong Kedah sewaktu perlawanan akhir Piala Malaysia tempoh hari adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan biadab.

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Menurutnya, Pemuda Umno Kedah malu apabila seorang menteri besar yang mewakili Kerajaan Negeri dimalukan dan “diboo” dengan keadaan sedemikian rupa walaupun beliau telah banyak berkorban demi kemajuan dan kecemerlangan bola sepak negeri.

“Pemuda Umno percaya, apa yang terjadi tempoh hari adalah sama sekali tidak boleh diterima. Komitmen dan pengorbanan Dato Seri Presiden langsung tidak dikenang dan dihargai.

Ahmad Bashah Kena 'Boo'

Untuk rekod semasa pentadbiran beliau sebagai Presiden KFA kita telah ke pentas final Piala Malaysia sebanyak 2 kali dan final Piala FA (satu kali),” katanya pada satu sidang media khas di Hotel Tabung Haji Alor Setar, hari ini.

Shaiful Hazizy berkata, pihaknya juga ingin mencadangkan agar semua ahli politik Umno di dalam KFA turut mengambil tindakan yang serupa.

Mesti Baca: Kanser Payudara: Lelaki Lebih Ramai Maut Berbanding Wanita!

Jelasnya, tuntutan dan cadangan ini dibuat atas dasar untuk menjaga nama baik parti yang sering dijadikan “kambing hitam” oleh pihak berkepentingan tertentu yang terus menjadikan bola sepak sebagai medan mereka mencari simpati politik dan amarah politik.

Dalam pada itu, Pemuda Umno Kedah juga ingin memohon agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tegas kepada penyokong JDT yang sama sekali tidak menghormati lagu negeri Kedah ketika ianya dimainkan.

“Sebuah kain rentang gergasi yang bersimbolkan ‘haters’ jelas menunjukkan niat tidak baik pihak tertentu terhadap lagu kebanggaan negeri Kedah dan secara tidak langsung tidak menghormati keberangkatan Sultan Kedah di pentas utama.

“Mungkin imej ‘haters’ tersebut bersifat ‘umum’, namun kami ingin mempersoalkan kenapa ia diturunkan sewaktu lagu kebanggaan negeri Kedah iaitu ‘ALLAH selamatkan Sultan’ dinyanyikan,” soalnya lagi.

Tambah beliau, Pemuda Umno Kedah mohon agar pihak yang bertanggungjawab tampil memberi penjelasan dan pada masa yang sama memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri Kedah dan kepada Tuanku Sultan Kedah atas apa jua niat dan tindakan – Sumber

Memang kasihan Ahmad Bashah kena ‘Boo’ lagi….. Mungkin tak semua penyokong bola sepak Kedah “boo” beliau pada malam itu, tetapi kalau admin kena begitu mahu tak keluar rumah seminggu.

Mungkin lebih baik Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah letak jawatan sahaja sebagai Presiden KFA dan tumpukan kepada pentadbiran kerajaan negeri. Cukuplah orang panggil Mat Lena dan kena “boo” bukan sekali.

Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana nooooo….

Leave a Reply

error: Content is protected !!