Menu

AIM 22: Siti Nurhaliza Dominasi Lima Anugerah

AIM 22 menyaksikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menggondol lima anugerah dalam majlis yang berlangsung malam tadi. Anugerah Industri Muzik kali ke-22 berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ternyata anak seni bersuara emas kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini sukar digugat dan ianya dibuktikan dengan merangkul anugerah-anugerah berikut dalam AIM22:

  • Album Terbaik: Datuk Siti Nurhaliza Unplugged
  • Lagu Nasyid Terbaik: Lagu Mikraj Cinta ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik ditulis oleh Fedtri Yahya dan Siti Nurhaliza
  • Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu: Lagu Menatap Dalam Mimpi (memegang rekod 13 tahun)
  • Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Lagu Menatap Dalam Mimpi
  • Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia: Anugerah Khas

aim 22

Sementara itu, Datuk Sheila Majid pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sri Wirama di atas sumbangan besarnya selama 32 tahun dalam industri muzik tanah air.

Baca Juga: Lebih Sejuta Peminjam PTPTN Dalam CCRIS

AIM 22 juga menyaksikan penyanyi Faizal Tahir berjaya merangkul anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati.

Selain itu, Anugerah Kembara dianugerahkan kepada Yuna di atas pencapaian hebat beliau yang berjaya menembusi industri seni Amerika Syarikat.

Tahniah Datuk Siti Nurhaliza! Ternyata beliau sukar digugat dan masih kekal penyanyi nombor satu negara walaupun jarang muncul di media ketika ini.

AIM 22 telah membuktikan betapa penyanyi yang digilap melalui pertandingan Bintang RTM ini memiliki aura tersendiri dan tetap menjadi pujaan peminat dunia seni tanah air.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!