Menu

Akhbar Kosmo! Kekal No 1 Malaysia

Surat khabar bersaiz sederhana, Kosmo! kekal sebagai akhbar harian bahasa Melayu No.1 di Malaysia dengan mencatatkan jumlah edaran sebanyak 182,022 naskhah sehari dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2016.

Berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC), akhbar harian Kosmo! yang diterbitkan pada 31 Ogos 2004 oleh Kumpulan Utusan terus gah di kedudukan pertama dalam kategori surat khabar bahasa Melayu mengatasi Harian Metro yang mencatat edaran 149,253 naskhah diikuti Utusan Malaysia (144,438 naskhah) dan Berita Harian (90,969 naskhah).

Baca Juga: Jadual Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2017

Sementara itu, bagi akhbar yang diterbitkan pada hujung minggu, Kosmo! Ahad mencatatkan jumlah edaran kedua tertinggi iaitu sebanyak 198,116 naskhah selepas Mingguan Malaysia (313,495 naskhah) sementara Metro Ahad dan BH Ahad masing-masing mencatatkan 162,091 dan 89,798 naskhah.

 Kosmo!

Tahniah akhbar Kosmo! kerana menjadi surat khabar bahasa Melayu No 1 di Malaysia. Dengan saiz sederhana, penyampaian berita yang terkini dan rencana yang menarik tidak dapat dinafikan mereka muncul akhbar pilihan pertama rakyat negara ini.

Kecanggihan teknologi maklumat pada masa sekarang mungkin menyebabkan pembelian surat khabar merosot kerana orang ramai lebih suka membaca surat khabar online yang boleh dilayari bila-bila masa dan menggunakan telefon bimbit sahaja.

Kosmo! Online adalah salah satu pilihan utama admin untuk mendapatkan berita dan rencana menarik untuk dibaca 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!