Akhirnya Rambo Bentong Ke Tali Gantung

Akhirnya Rambo Bentong atau nama sebenarnya Rabidin Satir, 46 mengakhiri hayatnya ke tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Ketari, Bentong, Pahang, tujuh tahun lalu.

Penjenayah kejam yang terkenal dengan gelaran Rambo Bentong kerana tinggal dalam hutan sendirian dan menggunakan pisau rambo untuk mencederakan mangsa gagal dalam rayuan akhir panel lima hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.

Rambo Bentong

Panel lima hakim tersebut berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan ketera­ngan forensik mencukupi untuk mensabitkan beliau terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Fakta Kes Jenayah Rambo Bentong 

Rabidin Satir yang berasal dari Sabah disabitkan membunuh seorang remaja perempuan di antara pukul 11.30 malam, 7 Mac 2009 dan pukul 1.50 petang, keesokannya di sebuah rumah di Kampung Ketari, Bentong.

Mangsa yang sedang bermain kompu­ter di dalam biliknya pada hari kejadian dijumpai terlentang dengan selimut menutupi badan hingga ke leher manakala terdapat kesan darah pada katilnya.

Hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa dan Rambo Bentong adalah sepadan dan cukup untuk mensabitkan beliau sebagai suspek utama pembunuhan kejam ini. Sumber

Berakhir sudah kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara ini. Keputusan  untuk mengekalkan hukuman gantung terhadap Rambo Bentong ini memakan masa hampir 8 tahun.

Bukan mudah untuk menjatuhkan hukuman mati. Berbagai-bagai proses rayuan boleh dikemukakan pihak bersalah untuk mencabar hukuman ke atas mereka.

Semoga keluarga mangsa mendapat keadilan dengan keputusan ini. Bagi keluarga Rambo Bentong juga diharapkan tabah dengan keputusan mahkamah ini.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!