Menu

Akhirnya…. Sebab JDT Singkir Mario Gomez

Sebelum ini admin ada tulis Apa Sebab JDT Mario Gomez Berpisah? khabarnya ada kaitan dengan keputusan perlawanan persahabatan yang tidak memberansangkan sebelum Liga Super Malaysia 2017 bermula tapi akhirnya terjawab sudah Sebab JDT Singkir Mario Gomez Mario Gomez.

Sebab JDT Singkir Mario Gomez

Sumber: Facebook Johor Southern Tigers

Sebab JDT Singkir Mario Gomez: Tidak Patuh Falsafah Dan Polisi JDT

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan, kontrak bekas pengendali JDT, Mario Gomez ditamatkan kerana tidak sependapat dalam urusan pembelian pemain dan tidak serius dengan falsafah kelab itu.

“Apabila Mario menandatangani beberapa pemain baru, ada yang sesetengahnya saya tidak berapa setuju. Ini kerana cara permainan yang hendak digunakan oleh Mario untuk pemain terbabit tidak sesuai dengan falsafah yang telah saya tetapkan untuk kelab.

Falsafah JDT: Tidak Ada Mana-Mana Individu Lebih Besar Daripada Kelab

“Ya, memang keputusannya bagus tetapi apabila saya melihat keseluruhannya daripada segi persiapan (sewaktu pra-musim) tidak ada peningkatan jika dibandingkan dengan cara permainan musim lalu,” kata Tunku Ismail dalam sesi temuramah bersama penyokong di yang disiarkan di Facebook JOHOR Southern Tiger, semalam.

Walaupun Mario Gomez cemerlang sepanjang dua tahun bersama skuad Harimau Selatan, namun Tunku Ismail percaya ‘perpisahan’ adalah jalan terbaik buat kedua-dua pihak selepas tidak sependapat dalam beberapa perkara.

Ok terjawab sudah sebab JDT singkir Mario Gomez.

Hero datang dan pergi..

Jurulatih baru mereka Benjamin Mora tak kurang hebatnya selepas berjaya membawa JDT layak ke play-off Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan akan berentap dengan wakil Jepun, Gamba Osaka pada 7 Februari ini.

Tutup cerita “atuk” Gomez ya 🙂

 

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!