Senarai Aktiviti Cuti Sekolah Yang Berfaedah

Jom Tengaok Senarai Aktiviti Cuti Sekolah Yang Berfaedah. Cuti sekolah datang lagi! Horeyyyy… habis sudah bebanan anak-anak sepanjang tahun dengan pelbagai aktiviti persekolahan. Kini, masa untuk mereka berehat dan gembira menikmati percutian panjang (sebulan lebih). Ibu bapa pun lega sedikit selama sebulan lebih ini kerana tidak dihambat masa untuk menghantar dan mengambil anak balik sekolah, aktiviti selepas sekolah lagi. Jalan raya pun akan lengang sahaja.

Tetapi…. jangan biarkan anak-anak terlalu asyik dengan percutian membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Kalau boleh jangan biarkan mereka terlalu asyik dengan tab atau telefon pintar, suruh mereka bersosial, lepaskan mereka bermain di luar atau apa sahaja. Janji jangan menghadap telefon sahaja!

Mesti Baca: 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main GajetAktiviti Cuti Sekolah

Banyak aktiviti cuti sekolah yang bermanfaat dan berfaedah boleh dirancang ibu bapa. Lebih baik jika ibu bapa turut terlibat kerana inilah masanya kita dapat bersama-sama dengan anak selepas sepanjang tahun masing-masing terlalu sibuk dengan urusan seharian.

Senarai Aktiviti Cuti Sekolah Yang Berfaedah

Jom kita tengok apakah di antara senarai aktiviti cuti sekolah yang berfaedah boleh dirancang ibu bapa untuk anak-anak.

1. Kelas Kemahiran

Tidak perlu ke kelas kemahiran pun, cukuplah ibu bapa boleh menetapkan aktiviti kemahiran untuk anak-anak seperti bertukang. Contohnya membuat barangan kitar semula, membuat kerusi atau apa-apa sahaja aktiviti pertukangan ringkas tetapi menyeronokkan.

2. Kem Ibadah

Hantar anak-anak mengaji Al Quran dan mendalami ilmu agama. Kadang-kadang ibu bapa tidak sempat mengajar agama kerana tuntutan kerja dan urusan seharian, jadi hantar anak-anak mengikuti kelas agama. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjauhi aktiviti yang tidak baik.

3. Bercuti

Kalau ada duit lebih dan kesempatan, bawa anak-anak bercuti ke tempat yang menarik seperti pantai, pulau, tanah tinggi dan sebagainya. Inilah masanya ibu bapa dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Sibuk macam mana pun kerja tidak akan habis.

4. Balik Kampung

Bawa anak-anak balik kampung jumpa datuk dan nenek jika masih ada. Biarkan mereka tahu di mana asal usul mereka, berikan pengalaman berbeza kepada mereka, kenali hutan bandar dan hutan kampung.

5. Tengok TV Bersama

Ini di antara aktiviti cuti sekolah yang paling mudah tetapi sukar dilakukan kerana kesibukan urusan seharian. Balik kerja anak sudah tidur, tanya khabar pun tidak sempat apatah lagi menonton TV bersama-sama.

6. Riadah Petang

Tetapkan petang ini main apa, esok main apa dan seterusnya. Contoh, main badminton, berbasikal, main menyorok dan sebagainya. Ibu bapa kena cari masa untuk aktiviti menyeronokkan ini. Lupakan kerja selepas habis waktu pejabat, balik ke rumah dan beriadah dengan anak-anak, hilang stress.

7. Jalan-Jalan Cari Makan

Ini juga aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah. Sesekali bawa anak-anak makan-makan di luar. Pendek kata jalan-jalan cari makan yang sedap dan popular. Sebagai contoh mencari kedai makan patin tempoyak Temerloh paling sedap.

Ada banyak lagi aktiviti cuti sekolah berfaedah yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Lakukan apa sahaja janji dapat meluangkan masa bersama. Cuti sekolah ini gunakan peluang terbaik untuk merapatkan hubungan dengan anak. Kerja sampai mati pun tak akan habis 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!