Album Terbaru Search KATHARSIS, Tonton Single Pertama “Sidang Kanggaroo”

Album terbaru Search dah siap! Yeahhhh… peminat kumpulan Rock No. 1 negara tentu teruja dengan kelahirann album terbaru dan mungkin menjadi yang terakhir sepanjang penglibatan Search dalam dunia seni.

Admin juga peminat No. 1 Search. Sehingga ke hari ini hanya ada beberapa kumpulan rock yang masih bertahan seperti Wings, May, Lefthanded dan beberapa kumpulan lagi tetapi bagi admin sendiri, Search tetap terbaik di antara terbaik!

Album Terbaru Search

Straight to the point…

Kumpulan lagenda rock tanah air, Search dah keluarkan album terbaru mereka “KATHARSIS” yang merupakan album studio ke-12 mereka sepanjang 30 tahun penglibatan dalam dunia seni tanah air. Album terbaru ini diterbitkan oleh sifu yang tak asing lagi, Datuk M. Nasir.

Artikel Menarik: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Kali terakhir album mereka dikeluarkan pada tahun 2006 iaitu Gothik Malam Edan, sedikit janggal kali ini tiada Yazit sebagai “tukang ketuk” kerana masalah dalaman yang melanda kumpulan Search yang rasanya semua dah tahu apa yang terjadi. Lupakan soal itu ok.

Apa Di Sebalik Album Terbaru Search KATHARSIS?

 

Admin ringkaskan sedikit apa cerita di sebalik album terbaru Search, KATHARSIS yang dipetik daripada Laman Facebook DuniaSearch (Laman Eksklusif Peminat Kumpulan Search).

  • KATHARSIS adalah istiliah Yunani Purba bermaksud satu proses penyucian, pembersihan dan pengaslian jiwa raga, la juga membawa maksud melupuskan emosi yang lara menerusi apresiasi terhadap pengkaryaan seni atau menerusi luahan emosi dan perubahan emosi yang ketara.
  • Masih mengekalkan gaya muzik rock & roll Search dengan sedikit suntikan elemen baru dengan bunyi lebih berkualiti.
  • Sound gitar Din dan Kid juga lebih berat. Din menghasilkan riff yang lebih berat berbanding sebelum ini, Kid pula melakukan solo gitar daripada jiwanya.
  • Selain M Nasir, Search juga bekerjasama kembali dengan individu yang ‘biasa’ dengan muzik mereka seperti S Amin Shahab, Usop dan Buddhi Hekayat yang menghasilkan lirik.
  • Album KATHARSIS diterbitkan di bawah label Pawana Music yang bermula daripada minat Presiden Pawana Music, Dato’ Haji Ahmad Zaharul Annuar terhadap muzik terutamanya rock.
  • Search bakal tampil dengan Konsert Gegaran anjuran DCODE DUNIA JUARA di Tapak Bazarena, Shah Alam pada 2 Disember ini. Dapatkan tiket anda di www.myticket.asia atau di cawangan Rock Corner.

Tonton Video Klip Single Pertama Album Terbaru Search – Sidang Kanggaroo

Sumber Artikel dan Video: Facebook DuniaSearch (Laman Eksklusif Peminat Kumpulan Search) dan Search (Malaysian Band)

Oklah, itu serba sedikit info terkini album terbaru Search yang baru sahaja keluar dan mungkin terakhir daripada mereka, KATHARSIS. Untuk info terkini dan update baca di laman Facebook di atas ok. Pewiiitttttt…..!!!

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!