Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Anak susah makan nasi antara luahan biasa kita dengar daripada ibu bapa. Kalau beri makanan ringan laju anak makan betul tak? Bukan anda tak cuba tapi liat sangat anak nak makan nasi. Akhirnya anak kurus kering bukan sebab anda tak berduit nak bagi anak makan tapi mereka tak cukup makan dan tak dapat khasiat secukupnya untuk membesar dengan sempurna.

Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Jadi bagaimana nak atasi masalah anak susah makan nasi? Cuba tips-tips mengatasi anak susah makan di bawah. Harap selepas ni anak anda akan mula makan nasi dan membesar dengan sihat.

Tips Mengatasi Anak Susah Makan

1. Jangan Paksa Anak Makan

Kalau anda ugut anak untuk makan mereka akan memberontak dan menunjukkan rasa benci kepada makanan. Mereka akan makan apabila anda ugut saja. Di belakang anda mereka tak sentuh makanan. Jadi bertoleransi dengan mereka dan cakap baik-baik pasti mereka akan dengar. Contohnya anda akan beri hadiah kalau mereka makan nasi. Tapi jangan selalu nanti jadi kebiasaan susah juga.

2. Makan Bersama-Sama Anak

Ramai ibu bapa yang kesuntukan masa kerana tuntutan kerja dan sebagainya mengabaikan masa penting bersama anak mereka. Salah satunya makan bersama-sama anak. Kalau anak anda susah makan nasi mungkin mereka rasa keseorangan ketika makan. Jadi anda mesti turut serta dan makan nasi bersama mereka. Dalam masa yang sama anda boleh berbual ketika makan dan tak sedar mereka habis makan nasi 🙂

3. Hias Makanan Atau Meja Makan 

Hias makanan dengan sesuatu yang menarik perhatian anak anda. Sebagai contoh menghidangkan nasi dalam bentuk kartun atau sesuatu yang mereka minat.

Anak Susah Makan? Cuba Tips Ini

Kalau namanya kanak-kanak mereka pasti suka sesuatu yang menarik perhatian mereka. Contohnya anak anda amat menggemari kartun Boboiboy. Apa salahnya anda hias meja makan dengan kain yang ada gambar Boboiboy dan secara tak langsung mereka akan tertarik untuk duduk dan makan nasi. Nampak agak remeh bukan? Tapi tak salah untuk mencuba. Ini dinamakan psikologi.

Begitulah 3 tips mengatasi anak susah makan yang boleh anda cuba. Luangkan masa makan bersama-sama anak adalah sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Bagaimana anda mengharapkan anak anda menjadi insan yang sempurna pada masa hadapan jika makan bersama mereka pun anda tak sempat.

Baca Juga: Susah Tidur? Baca Cara Tidur Dengan Mudah

Leave a Reply

error: Content is protected !!