Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 Milik Proton

Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016, Institut Automotif Malaysia (MAI) (COTY 2016) menjadi milik PROTON Holdings Bhd selepas memenangi dua anugerah bagi model Saga dan Persona yang diumumkan pada majlis makan malam gala Malaysia COTY 2016 malam tadi.

Dua anugerah tersebut bagi kategori, Kereta Nilai Untuk Wang (Proton Saga) dan Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api (Proton Persona).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata menerusi kaji selidik pasaran yang dikendalikan, PROTON membuat penambahbaikan bagi keretakeluaran mereka agar dapat memenuhi keperluan umum segmen pasaran.

Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016

Proton Saga generasi ketiga yang ditambah baik berharga antara RM36,800 hingga RM45,800 manakala Proton Persona antara RM46,800 hingga RM59,800.

Baca Juga: Proton Ertiga Dilancarkan Pada Harga RM58,800

CEO Proton berkata bahawa pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi usaha syarikat untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Tahniah Proton kerana memenangi Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 dalam dua kategori.

Semoga kemenangan ini akan meningkatkan lagi usaha Proton menghasilkan kereta nasional yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Admin memiliki kereta jenama Proton dan Perodua 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!