Senarai Penuh Calon Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018, Neymar Belum Habis Guling

Senarai calon yang akan merebut Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018 telah dikeluarkan. Agak mengejutkan juga kerana salah seorang pemain “hebat” iaitu Neymar tidak tersenarai. Mungkin beliau belum habis berguling sejak aksi guling di Piala Dunia 2018, Rusia baru-baru ini menjadi bahan ketawa peminat bola sepak dunia.

Neymar sebenarnya pemain yang bagus dengan kemahiran menggelecek tetapi aksi selepas dibentes atau dikasari oleh pemain lawan sangat meloyakan. Mungkin beliau benar-benar sakit tetapi tidak perlu menunjukkan aksi keterlaluan dan melampau. Mungkin FIFA pun meloya dengan aksi beliau sehingga tidak tersenarai di antara calon Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018.

Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018

Bintang Perancis di Piala Dunia Kylian Mbappe menyertai muka lama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dalam senarai pendek anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA, umum badan induk itu hari ini.

Ronaldo yang memenangi anugerah itu buat dua tahun terakhir membantu Real menjulang gelaran Liga Juara-Juara ketiga berturut-turut sebelum berpindah ke Juventus.

Penyerang Argentina Messi mengungguli senarai penjaring terbanyak dengan 34 gol untuk membantu Barcelona menjulang gelaran La Liga ketiga dalam tempoh empat musim.

Mesti Baca: Senarai Pemenang Anugerah Piala Dunia 2018

Mbappe, 19, pula meraih tiga gelaran domestik bersama Paris Saint Germain sebelum mempamerkan aksi cemerlang pada kempen Piala Dunia untuk muncul juara bersama Perancis.

Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018

Dia menjadi pemain remaja kedua selepas Pele menjaringkan gol pada final Piala Dunia ketika Perancis menewaskan Croatia 4-2 untuk menjulang gelaran kedua mereka selepas 20 tahun.

Mbappe disertai rakan senegara Antoine Griezmann dan Raphael Varane dalam senarai pendek membabitkan 10 pemain.

Sementara itu jurulatih Perancis Didier Deschamps dan bekas jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane mendahului senarai calon anugerah jurulatih lelaki tahunan.

Turut tersenarai adalah pengurus England Gareth Southgate yang membawa pasukannya ke peringkat separuh akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 28 tahun.

Tiga finalis untuk setiap anugerah akan diumumkan kemudian dengan pemenang akan diumumkan dalam satu majlis di London pada 24 September ini. – Sumber

Senarai Pemain Dicalonkan Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018

  • Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Juventus, Portugal)
  • Lionel Messi (Barcelona, Argentina)
  • Luka Modric (Real Madrid, Croatia)
  • Antoine Griezmann (Atletico Madrid, Perancis)
  • Kevin De Bruyne (Manchester City, Belgium)
  • Eden Hazard (Chelsea, Belgium)
  • Mohamed Salah (Liverpool, Mesir)
  • Kylian Mbappe (PSG, Perancis)
  • Raphael Varane (Real Madrid, Perancis)
  • Harry Kane (Tottenham, England)

Pilihan admin untuk pemenang Anugerah Pemain Terbaik Lelaki FIFA 2018 adalah Cristiano Ronaldo.

Nama-nama lain seperti Lionel Messi, Antoine Griezmann, Luka Modric dan Raphael Varane adalah pencabar terkuat CR7 untuk anugerah ini. Kylian Mbappe? belum masanya lagi.

Neymar dah habis guling belum?

Leave a Reply

error: Content is protected !!