Apakah UEC Dan Kesan Jika UEC Diiktiraf?

Sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk kepimpinan negara, isu UEC semakin hangat diperkatakan. Suara-suara semakin kuat berkumandang supaya kerajaan segera mengiktiraf UEC. Mengapa UEC menjadi subjek perdebatan hebat? Apakah UEC? Apakah kesan jika UEC diiktiraf? Mengapa UEC dikatakan berbaur perkauman?

Apakah UEC?

UEC atau Unified Examination Certificate atau dalam Bahasa Melayu Sijil Peperiksaan Bersama adalah sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian cina di Malaysia.

Di bawah selian Dong Zong (badan pendidikan cina), mereka mengamalkan sistem pendidikan sendiri yang tidak selari dengan sistem pendidikan kebangsaan.

Mesti Baca: Belajar Akaun Cara Mudah Dengan Panduan Perakaunan

Walaupun begitu, beberapa subjek SPM masih ditawarkan kerana kewajipan memiliki SPM dalam urusan pendidikan dan mencari pekerjaan.

UEC masih tidak diiktiraf oleh kerajaan sejak merdeka lagi. Malah, terdapat segelintir tokoh-tokoh cina yang menentang UEC diiktiraf.

Sijil UEC Tidak Diiktiraf, Ke Mana Hala Tuju Lulusan UEC?

Pemilik UEC daripada sekolah persendirian cina tidak memiliki peluang masuk ke universiti awam dan swasta negara kerana dasar pendidikan kebangsaan menetapkan syarat asas memiliki SPM untuk tujuan tersebut.

Ke mana hala tuju pelajar lulusan UEC?

Kesan Jika UEC Diiktiraf

Kerana tidak mendapat pengiktirafan, lulusan UEC akan ke luar negara seperti China dan Taiwan yang mengiktiraf sijil UEC.

Jika menamatkan pengajian di luar negara, mereka masih sukar mendapat pekerjaan di Malaysia kerana syarat asas untuk memohon kerja adalah SPM, walaupun memiliki ijazah bergulung-gulung.

Oleh sebab itu, desakan semakin kuat sejak kerajaan Pakatan Harapan menerajui kepimpinan negara supaya mengiktiraf UEC kerana ianya salah satu manifesto Pakatan Harapan dalam PRU14.

Apakah Kesan Jika UEC Diiktiraf?

Secara amnya, mengiktiraf UEC seperti memperlekehkan sistem pendidikan kebangsaan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sedangkan sistem pendidikan yang digunapakai UEC pula menggunakan Bahasa Mandarin dalam pembelajaran.

Dikhuatiri pelajar sekolah persendirian cina seakan menjauhkan diri daripada masyarakat, lebih memburukkan keadaan, mereka menjadi tidak fasih berbahasa kebangsaan kerana kurang bercampur dengan kaum lain.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Lambat laun, tidak mustahil jika sekolah aliran cina kebangsaan mendesak kerajaan menggunapakai sistem UEC. Sekolah aliran Tamil pun boleh jadi, mana tahu mereka juga berhasrat mewujudkan sistem pendidikan sendiri pula yang berorientasikan negara India!

Pendapat admin mudah sahaja. UEC tidak patut diiktiraf. Mengapa? sudahlah tidak mengikut pendidikan arus perdana seperti sekolah kebangsaan cina dan tamil, salah satu kesan jika UEC diiktiraf ianya dilihat seperti sengaja mewujudkan pemisahan kaum. Mengapa tidak menggunapakai sistem pendidikan sedia ada yang telah dirangka bersama-sama sejak merdeka?

Sudah jelas dalam perlembagaan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi tidak kira dalam urusan rasmi dan sebagainya. Inikan pula pendidikan, mahukah kita melihat kaum cina yang belajar sekolah persendirian mengasingkan diri daripada masyarakat malah paling mengecewakan langsung tidak pandai berbahasa melayu dengan baik?

Mesti Baca: Kerjaya Swasta: Strategi Lengkap Bina Kerjaya Cemerlang

Leave a Reply

error: Content is protected !!