BN Dah Tak Laku, Tukar Nama Asalkan Bukan BN

Sejak Barisan Nasional mengalami kekalahan pada PRU14 selepas berkuasa hampir 60 tahun, macam-macam cerita yang kita dengar tentang parti-parti yeng bergabung membentuk Barisan Nasional, ugut mengugut untuk keluar gabungan, ahli keluar parti dan sebagainya. Paling menarik perhatian setakat ini, Setiausaha Agung BN sendiri mengakui Barisan Nasional mesti tukar nama sebelum PRU15 kerana pada pandangan beliau BN dah tak laku di mata rakyat Malaysia. Asalkan Bukan BN!

Admin sendiri melihat memang sukar untuk Barisan Nasional bangkit dan menjadi pembangkang yang kuat setelah terlalu selesa selepas 60 tahun menjadi kerajaan. Mereka boleh bangkit menjadi kuat tetapi bukan sebelum PRU15, ianya memakan masa untuk memulihkan semangat ahli parti dan juga meraih kembali sokongan rakyat jika kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Asalkan Bukan BN

Faktor Tun Dr Mahathir sangat kuat. Bayangkan hanya dalam tempoh singkat mengetuai Pakatan Harapan, kerajaan Barisan Nasional tumbang! Ini gagal dilakukan seorang lagi tokoh handalan Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai beberapa siri PRU tetapi tidak mampu menumbangkan kerajaan BN.

Mesti Baca: Tahu Tak Baka Kucing Paling Mahal Di Dunia?

Mesti Baca: Masih Gagal Hamil? Semak 10 Tanda Mandul

Pasca PRU14, BN dilihat seperti akan berkubur walaupun parti UMNO sebagai tunjang utama dalam BN dilihat masih memiliki kerusi yang banyak dan masih mendapat sokongan orang Melayu tetapi rakan gabungan mereka seperti MCA dan MIC dilihat sangat lemah, sukar untuk BN menjadi pembangkang yang kuat dalam keadaan BN dilihat dalam keadaan sangat lemah.

Jalan terbaik mungkin BN boleh berkerjasama dengan PAS untuk menjadi pembangkang yang kuat, PAS walaupun bergerak macam sendirian tetapi mereka menang besar di Kelantan dan merampas Terengganu menjadi milik mereka.

BN Dah Tak Laku, Tukar Nama Asalkan Bukan BN

Atas alasan BN dah tak laku, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mencadangkan BN mengambil langkah menukar nama bagi memberi nafas baru kepada BN untuk kembali meraih perhatian dan sokongan rakyat. Nama apa pun tak kisah, asalkan bukan BN!

Pada pendapat anda, adakah patut BN tukar nama untuk kembali bernyawa dan meraih sokongan rakyat menjelang PRU15?

Pada pendapat admin, sama sahaja tukar nama atau tidak jika BN masih dikuasai muka-muka lapuk dan dibenci oleh rakyat. BN mesti diberi nafas baru dengan melantik pimpinan baru yang lebih segar serta tidak mengabaikan golongan muda yang berwibawa dalam pucuk kepimpinan.

Asalkan Bukan BN

Sudah terlalu lama BN selesa dengan kuasa, kekalahan dalam PRU14 sepatutnya menyedarkan mereka daripada mimpi indah dan limpahan kemewahan, jangan lupa salah satu faktor rakyat menolak BN kerana meluat dengan sikap pemimpin yang dilihat hidup mewah di saat rakyat biasa bergelut berjuang untuk hidup dalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Admin malas nak cerita lebih, kita beri peluang Pakatan Harapan memerintah dalam tempoh 5 tahun ini, berikan mereka masa untuk buktikan sesuatu, sebab tidak adil menilai Pakatan Harapan dalam tempoh sepenggal berkuasa dalam keadaan menteri-menteri yang tiada pengalaman bak kata Tun Dr Mahathir.

Kalau Pakatan Harapan dilihat gagal, tukar pula. Inikan negara demokrasi, kuasa di tangan rakyat. Cuma BN dan PAS mesti segera menguatkan parti menjelang PRU akan datang jika berangan-angan untuk menjadi kerajaan.

Sumber 

Leave a Reply

error: Content is protected !!