Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan

Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan. Selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi, menghadiri konvokesyen dan bergelar graduan, terasa habis sudah bebanan yang ditanggung sepanjang bergelar pelajar. Maklumlah, selama bertahun berkejar sana sini mencari bahan untuk menyiapkan tugasan, terasa masa singkat sangat.

Tutup cerita apabila sudah bergelar graduan. Cabaran sebenar adalah mencari kerja dan mendapatkan kerja idaman yang sesuai dengan kelayakan dimiliki.

Hidup tidak seindah mimpi. Itulah hakikat yang perlu ditempuhi graduan dalam mencari pekerjaan. Mencari kerja sebenarnya tidak susah tetapi mendapat kerja yang setaraf dengan kelulusan itu yang SUSAH!

INGAT! saingan terlalu kuat untuk mendapat pekerjaan. Saingan anda datang daripada pelbagai sudut, kiri kanan depan belakang. Kalau tiada aset penting graduan, anda akan tertinggal!

Lambakan graduan salah satu punca ramai GAGAL dapat kerja. Bayangkan jumlah graduan setiap tahun daripada universiti awam, universiti swasta, kolej dan universiti luar negara. Nampak tak?

Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan

Itu belum lagi yang terlalu mengharapkan gaji yang tinggi dan terlalu memilih kerja. Memang sampai bila-bila harap duit mak ayah sahaja untuk menyara hidup.

Ringkasnya, ada beberapa punca graduan menganggur yang telah dikenalpasti oleh Agensi Pekerjaan, Jobstreet.com iaitu:

  • Graduan¬†meminta gaji yang tidak realistik
  • Lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris
  • Terlalu memilih kerja atau syarikat
  • Kelemahan kemahiran komunikasi
  • Perwatakan, sikap dan personaliti yang tidak menarik majikan

Mesti Baca: Nak Tahu Asas Dan Strategi Penting Bina Kerjaya Swasta Cemerlang?

Baca Juga: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan

Lihatlah punca-punca graduan menganggur. Antara sebab utama KELEMAHAN KOMUNIKASI dan TIDAK MENUNJUKKAN PERSONALITI YANG BAIK ketika temuduga. Itulah aset penting graduan yang sering dipandang rendah.

Jika anda mendapat panggilan temuduga kerja kerajaan atau swasta, pastikan anda atasi kelemahan-kelemahan tersebut jika tidak mahu pulang temuduga kerja dengan wajah yang hampa.

Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan

Keadaan sudah berubah dengan kehadiran teknologi canggih pada hari ini, ditambah pula dengan jumlah graduan yang berlipat ganda menyebabkan isu kebolehpasaran graduan menjadi topik perbincangan yang hangat dibahaskan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai persoalan dan inisiatif diutarakan untuk menyelesaikan masalah ini. Ada pihak yang menyalahkan industri, kerajaan dan tidak kurang juga yang menyalahkan universiti kerana gagal untuk membantu graduan mendapatkan pekerjaan.

Ilmu Dan Kemahiran Aset Penting Graduan

Sebab itu, sebelum menamatkan pengajian, pelajar harus dibekalkan ilmu dan kemahiran yang secukupnya sebelum menempuh alam mencari pekerjaan.

Dengan ilmu dan kemahiran, itulah aset penting graduan. Majikan akan membuka mata untuk mengambil graduan bekerja. BUKAN wajah yang cantik dan tampan menjadi ukuran. INGAT!

Selain mendapat ilmu dan kemahiran di universiti, graduan juga boleh mencari pengalaman bekerja di mana-mana sahaja walaupun di restoran makanan segera seperti McDonald’s dan KFC kerana restoran tersebut memiliki sistem dan pengurusan yang terbaik. Anda boleh belajar banyak perkara aspek pengurusan dan cara mengendalikan masa kerja yang baik. Baca artikel penuh¬†

Ingat! sekali lagi admin tekankan yang aset penting graduan adalah ILMU dan KEMAHIRAN. Carilah pengalaman kerja sebanyak mungkin dan bergaul dengan mereka yang berkerjaya cemerlang juga akan memotivasikan diri untuk berjaya.

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!