Atlet Paralimpik Malaysia Gah Di Rio 2016

Hebat dan mengagumkan! Walapun dipandang sepi dan tidak mendapat liputan meluas di media cetak dan elektronik, atlet paralimpik Malaysia gah di Rio 2016 dengan pungutan 3 pingat emas.

Kisah kejayaan mereka yang tersebar meluas melalui laman sosial seperti Facebook membuka mata ramai pihak terhadap wira-wira yang tak didendang ini.

Terima kasih Facebook! Jika tak siapa yang kenal atlet paralimpik Malaysia yang mengibarkan jalur gemilang di Rio ini dan mungkin kejayaan mereka dipandang sepi tanpa insentif atau ganjaran sewajarnya.

Atlet Paralimpik Malaysia Gah Di Rio 2016

Olahraga muncul sukan tunggal yang menyumbang pingat kepada kontinjen paralimpik Malaysia dengan menyumbang 3 pingat emas. Pencapaian tersebut meletakkan Malaysia di tempat 30 secara keseluruhan daripada 161 negara bertanding.

  • Mohamad Ridzuan Bin Mohd Puzi – 100M
  • Muhammad Ziyad Bin Zolkefli – Lontar peluru
  • Abdul Latif Bin Romly – Lompat jauh

Atlet Paralimpik Malaysia Gah Di Rio 2016

Terima Kasih Wira Paralimpik Negara Rio 2016.

Dalam kita meraikan kejayaan atlet yang memungut 3 pingat perak dan 1 gangsa dalam sukan Olimpik Rio 2016 kita terlupa bahawa atlet paralimpik Malaysia juga menggalas nama negara dalam sukan Paralimpik Rio 2016. Kejaguhan mereka terbukti dengan membawa pulang 3 pingat emas.

“Tak keterlaluan jika dikatakan ianya hampir mustahil untuk dicapai atlet olimpik Malaysia pada masa sekarang. Bukan untuk mengecilkan keupayaan atlet olimpik tetapi dalam situasi sekarang memang amat sukar untuk mereka menyaingi pencapaian atlet paralimpik ini.”

Lupakan soal perbandingan. Marilah kita sama-sama meraikan kejayaan luar biasa ini. Terima kasih tak terhingga kepada atlet paralimpik Malaysia yang mengibarkan jalur gemilang di bumi Rio. Anda semua sangat hebat!

Kejayaan Atlet Paralimpik Sumber Inspirasi

Kita berharap kisah kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi kepada atlet olimpik untuk menyinar dan memungut pingat emas di temasya olimpik akan datang.

Kepada golongan kurang upaya (OKU), kejayaan ini adalah kejayaan anda juga. Mereka juara anda! Mereka telah buktikan kekurangan fizikal dan mental bukan alasan untuk tidak meraih kejayaan dalam hidup.

Harapan kita agar kisah atlet paralimpik Malaysia gah di Rio 2016 ini tak berhenti di sini saja. Kita dahagakan kejayaan demi kejayaan lagi dalam apa jua bidang untuk meletakkan nama Malaysia setaraf dengan negara kuasa besar yang lain.

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!