Menu

Autobiografi Kartunis Lat Dilancarkan

Kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd. Nor Khalid melancarkan autobiografi pertamanya bertajuk “Lat: My Life and Cartoons.

Buku autobiografi tersebut mencoretkan pelbagai kisah asam garam yang dilaluinya selama beberapa dekad menceburi diri sebagai kartunis.

“Saya tak guna jenaka, saya tak boleh, sebab kalau kamu beri saya sekeping kertas, dan kamu minta saya melukis, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadikannya kelakar, saya akan cuba wujudkan jenaka untuk menjadikan orang senyum dan ketawa” kata kartunis Lat ketika ditanya semasa pelancaran autobiografinya.

Lat: My Life and Cartoons”. Coretan Memori Indah Kartunis Lat

Kartunis Lat

Autobiografi Kartunis Lat tersebut setebal 232 muka surat sarat dengan memori indah, kisah perjalanan hidup Lat, kehidupan zaman kanak-kanak beserta foto, pengalaman hidup dan macam-macam lagi.

Lat menceritakan bagaimana beliau menjadi kartunis profesional pada 1960-an, bertugas sebagai pemberita jenayah pada era 1970-an, bagaimana beliau mengembara ke seluruh dunia dan bagaimana beliau melangkah sehingga ke kemuncak kemasyhurannya sebagai kartunis tersohor negara.

Baca Juga: Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Di Pawagam 24 November 2016

kartunis lat

Lat memang bukan calang-calang kartunis. Siapa yang tak kenal beliau?

Salah satu karyanya,”Kampung Boy” ada di Astro Ceria saluran 601 hampir setiap hari.

Malah, “Kampung Boy” pernah diadaptasi secara langsung “Kampung Boy Sebuah Muzikal” yang dipentaskan di Istana Budaya pada tahun 2011.

Kepada peminat setia karya kartunis Lat boleh dapatkan autobiografi pertama beliau “Lat: My Life and Cartoons” di pasaran.

Leave a Reply

error: Content is protected !!