Menu

Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira?

Harga minyak petrol dan diesel Februari 2017 naik lagi …. naik angin bukan? Tapi marah macam mana pun tak guna memang terpaksa isi juga… Semalam, admin ada terbaca di Harian Metro Online bagaimana harga minyak petrol dan diesel dikira yang melibatkan beberapa faktor. Jom kita baca..

Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira

Satu Malaysia bergegar apabila harga minyak petrol dan diesel naik.. orang ramai beratur panjang untuk mengisi minyak kereta sebelum harga dinaikkan..

Ini fenomena biasa yang dilihat menjelang hari terakhir setiap hujung bulan. Mengapa orang ramai marah? Salah satu sebabnya…..

Harga barang keperluan akan naik apabila harga minyak naik! dan… yang menyedihkan harga barang TIDAK akan turun apabila harga minyak turun..

Ok cukuplah marah tu… jom kita baca bagaimana harga minyak petrol dan diesel dikira yang admin petik daripada Harian Metro Online semalam.

Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira?

Penentuan harga minyak sama ada naik atau turun atau berapa sen harganya akan naik dan turun adalah berdasarkan kepada beberapa faktor yang menjadi pemangkin utama.

Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Penentuan Harga Minyak

  • Mekanisme penetapan harga minyak (APM)
  • Kadar pertukaran mata wang ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS
  • Kesan pembatalan subsidi petrol dan diesel oleh kerajaan

APM berperanan sebagai mekanisme yang menstabilkan harga petrol dan diesel di dalam negara sehingga ke tahap tertentu. Jadi, harga runcit hanya perlu ditukar sekiranya berlaku perbezaan harga semasa.

Formula Pengiraan Harga Minyak

(APM = Kos Produk + Alpha + Kos pengendalian + Margin Minyak Syarikat + Margin Pengedar)

Kos produk

Kos produk dikira berdasarkan kepada MOPS (Mean of Platts Singapore) untuk petrol RON97, RON95 dan diesel.

Kos produk adalah dalam dolar AS setong serta terikat kepada pergerakan harga minyak mentah yang kemudian ditukarkan kepada nilai ringgit untuk satu liter.

Oleh itu, kenaikan atau penurunan mata wang ringgit terhadap dolar AS mempunyai pengaruh besar dalam penentuan harga petrol dan diesel di mana kos akan menjadi lebih tinggi sekiranya kadar ringgit terhadap dolar AS semakin lemah. Pengguna petrol dan diesel juga perlu menanggung dan membayar dengan mahal sekiranya kos produk turut meningkat

Alpha

Perbezaan harga antara MOPS dan harga pembelian sebenar oleh syarikat minyak.

Kos Pengendalian

Ianya termasuk bagi kos pengangkutan serta pemasaran dan dalam situasi ini, margin syarikat minyak dan margin pengedar stesen minyak adalah keuntungan yang syarikat perlu peroleh.

Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira

Banyak negara di rantau ASEAN dan Australia turut menggunakan indeks berdasarkan MOPS dalam menentukan harga petrol dan diesel.

Indeks MOPS mengambil kira segala kos termasuk produk yang sudah diproses atau ditapis dan ia adalah indeks yang dinilai berdasarkan purata transaksi harian perdagangan antara pembeli dan penjual produk petroleum.

Pembeli produk petroleum akan merujuk kepada indeks MOPS sebagai harga penunjuk kerana ia lebih baik daripada harga dunia berbanding minyak mentah dan kebiasaannya mempunyai premium ke atas harga minyak.

Mesti Baca: No. Plat “Rimau” Sempena Sukan SEA 2017

Jadi, kerajaan Malaysia menggunakan indeks MOPS untuk penentuan harga petrol dan diesel. Bagaimanapun, indeks MOPS hanya dapat diakses oleh mereka yang melanggan perkhidmatan data Platts.

Sekiranya harga petrol naik, kemungkinan besar ramai akan menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) untuk pergi bekerja atau pengangkutan harian bagi mengurangkan kos perbelanjaan petrol dan diesel.

Peningkatan atau penurunan harga petrol dan diesel mempengaruhi industri automotif dan pengangkutan.

Ramai pengguna awam dan syarikat pengangkutan darat seperti teksi dan bas akan memilih untuk bertukar kepada kenderaan hibrid sebagai pengangkutan harian mereka bagi mengurangkan kos perbelanjaan – Sumber

Bagaimana Harga Minyak Petrol Dan Diesel Dikira

Itulah panjang lebar bagaimana harga minyak petrol dan diesel dikira

Faham atau tak?

Admin sendiri pun pening bila sentuh bab ekonomi ni.. kena baca banyak kali..

Dan yang tak sedapnya…. dengar khabar angin harga minyak petrol dan diesel Mac 2017 akan naik lagi..

Harap itu khabar angin saja..

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!