Bahas: Kalau Kit Siang Tak Setaraf Najib Siapa Lagi?

Isu cabaran bahas di antara Lim Kit Siang dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dijawab Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan terbuka.

bahas

“Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional.

“Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib,” kata Salleh dalam blognya http:/sskeruak.blogspot.com/

Mesti Baca: PRU 14:  Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Pada Ahad lalu, Lim Kit Siang melalui blognya meminta Datuk Seri Najib Tun Razak berbahas dengan beliau dan mempertikaikan keengganan Perdana Menteri untuk menyahut cabarannya berbahas secara terbuka.

bahas

Admin malas campur bab politik sebabnya blog Carian Semasa ini BUKAN blog politik tapi terasa nak menulis bab bahas ni sekejap.

Entah berapa orang dah cabar Datuk Seri Najib Tun Razak berbahas tapi semuanya tak layak.

Datuk Seri Najib Tun Razak tak boleh selalu mengelak debat kerana ianya menjejaskan imej Perdana Menteri di mata rakyat.

Tak timbul soal menang atau kalah tapi keberanian itu yang kita mahukan. Berdepan, jawab dan kasi “sapu” semua 🙂

Percayalah…. graf sokongan Datuk Seri Najib akan naik…..

Tapi kata Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hanya Ketua Pembangkang je setaraf berbahas dengan Perdana Menteri, masa Datuk Seri Anwar Ibrahim cabar bahas dahulu tak sahut juga.

Soalannya mudah…

Siapa lagi yang layak?

Leave a Reply

error: Content is protected !!