Menu

Bahaya Media Sosial Kepada Masyarakat

Kemajuan teknologi menjadikan capaian maklumat menjadi sangat pantas dan boleh disebarkan secara meluas ke seluruh pelusuk dunia. Itulah hebatnya kuasa media sosial seperti Facebook , Twitter, Whatsapp, Blog dan sebagainya. Tetapi hari ini media sosial sering disalahgunakan untuk menggugat perpaduan, keselamatan dan mengancam masyarakat. Bahaya media sosial sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi apabila ia kerap digunakan untuk menyebarkan pelbagai informasi palsu sama ada mengenai individu, masyarakat ataupun negara.

Bahaya Media Sosial

Bahaya Media Sosial Kepada Masyarakat

i) Penyebaran Berita Palsu

Sejak kebelakangan ini, penyebaran berita palsu sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Masyarakat dilihat begitu teruja untuk berkongsi maklumat dan informasi yang diterima menerusi laman sosial tanpa membuat semakan kesahihan dan kebenarannya.

Sikap tidak suka menyemak ini boleh menyebabkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan situasi itu untuk menyebarkan berita palsu kepada masyarakat.

Sikap dan budaya ini juga bukan sahaja boleh membantutkan kemajuan sesebuah masyarakat tetapi apa yang lebih menakutkan ialah ia mampu memporak-perandakan keharmonian yang telah wujud sejak sekian lama.

Justeru, setiap anggota masyarakat perlulah lebih berhati-hati apabila menerima sesuatu informasi dan maklumat sebelum membuat keputusan untuk berkongsi dengan orang lain.

Masyarakat juga perlu merujuk kepada pihak yang berwajib untuk memastikan sesuatu informasi yang diterima itu adalah benar atau sebaliknya sebelum membuat sebarang tindakan berkongsi dengan rakan-rakan.

Mesti Baca: Rakyat Malaysia Ketagih Internet?

ii) Alat Menabur Fitnah

Media sosial juga sering kali digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah sama ada mengenai seseorang individu, masyarakat dan negara bagi mencapai sesuatu matlamat.

Bahaya media sosial dilakukan dengan cara menyebarkan cerita rekaan dan tidak berasas bagi tujuan menjatuhkan jawatan atau maruah pihak tertentu.

Budaya suka menabur fitnah ini bukan sahaja sangat berbahaya kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat, malah ia juga boleh menimbulkan perpecahan dan konflik.

Kehancuran negara Iraq adalah contoh terbaik yang berpunca daripada budaya fitnah yang digunakan oleh pihak yang berkepentingan di negara tersebut.

Bahaya Media Sosial

iii) Menghilangkan Kepercayaan Masyarakat Luar

Untuk mencapai kemajuan dan pembangunan sesebuah masyarakat, kepercayaan daripada pihak luar amat diperlukan agar mereka tidak berasa sangsi untuk terus melabur di negara ini.

Bagi membolehkan pihak luar menaruh kepercayaan terhadap negara ini, anggota masyarakat perlulah sentiasa memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman, sejahtera dan harmoni.

Tanpa adanya kriteria seperti ini, adalah amat sukar untuk menarik pihak luar datang melabur dan melaksanakan pelbagai aktiviti ke arah kemajuan dan pembangunan negara – Sumber

Mesti Baca: Kepentingan Belajar Bahasa Inggeris

Bahaya media sosial jika tidak dibendung dan dikawal boleh menggugat kestabilan negara.

Apapun, semuanya terpulang kepada individu sendiri. Setiap orang hendaklah bertanggungjawab dan beretika ketika menggunakan laman sosial.

Jika namapun media sosial jadikan ianya tempat bersosial dan bukan tempat mencari gaduh 🙂

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!