Menu

Bajet 2017: Siaran Langsung Bermula 3 Petang

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak disiarkan secara langsung pada hari ini Jumaat, 21 Oktober 2017 bermula jam 3.00 petang.

Semua stesen TV percuma dan berbayar akan menyiarkan secara langsung pembentangan Belanjawan 2017 bermula jam 3.00 petang.

Bajet 2017

Butiran Pembentangan Bajet 2017 dan Isu Berkaitan

Empat teras menjadi fokus dalam pembentangan Bajet 2017 iaitu:

  • Kos Sara Hidup
  • Pendidikan
  • Penjagaan Kesihatan
  • Perumahan

Seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani tiada kenaikan kadar GST dalam Belanjawan 2017. Rujuk Sumber

Pakatan Harapan Rakyat iaitu gabungan parti pembangkang juga telah mengumumkan Bajet Alternatif 2017 sebagai perbandingan dan alternatif kepada rakyat untuk dinilai. Bajet Alternatif 2017 mencadangkan Sifar GST dan kenaikan gaji minimum sebagai teras utama bajet mereka. Rujuk Sumber

Seperti biasa kakitangan awam juga menantikan keputusan kerajaan terhadap permintaan CUEPACS untuk diberikan bonus 2 bulan gaji. Rujuk Sumber

Jangan terlepas menyaksikan pembentangan Bajet 2017 hari ini bermula jam 3.00 petang di semua stesen tv percuma dan berbayar.

Kita berharap ada pengumuman yang dapat melegakan hati rakyat dalam suasana kos sara hidup yang menekan sekarang.

Leave a Reply

error: Content is protected !!