Bajet 2018: Berita Gembira Kakitangan Awam

Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober ini dan tentunya kakitangan awam yang paling ternanti-nanti pengumuman sesuatu daripada Perdana Menteri tidak kira bonus 2017, kenaikan gaji, penambahbaikan gred dan sebagainya. Dengar ceritanya ada berita gembira kakitangan awam dalam Bajet 2018 nanti.

CUEPACS sebagai suara bagi kakitangan awam pun baru-baru ini ada menuntut kenaikan gaji dan berharap ianya diumumkan dalam Bajet 2018 nanti.

Apapun, kita tunggu sahaja apa berita gembira untuk kakitangan awam itu.

Bajet 2018: Ada Berita Gembira Kakitangan Awam

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beberapa khabar gembira dan penambahbaikan untuk penjawat awam akan diumumkan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

“Saya faham, ramai yang ternanti-nanti akan pengumuman-pengumuman tertentu,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-15 di sini hari ini.

Kenyataan Najib itu disambut tepukan gemuruh lebih 5,000 penjawat awam yang menghadiri acara tahunan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pada acara itu, perdana menteri menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri, kerajaan tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan.

Najib pada majlis itu berkata kerajaan sejak puluhan tahun, amat menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para penjawat awam yang sekian lama bersama pentadbiran kerajaan, saling ganding-berganding, lengkap-melengkapi dan dukung-mendukungi.

Mesti Baca: Kakitangan Kontrak Kerajaan Diserap Jawatan Tetap Selepas 15 Tahun Berkhidmat 

Berita Gembira Kakitangan Awam

 

Katanya, kerajaan terutamanya sejak lapan tahun kebelakangan ini, melaksanakan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan demi membela kepentingan dan menjaga kebajikan penjawat awam.

Antaranya ialah dengan menaikkan gaji penjawat awam sebanyak tujuh peratus hingga 13 peratus pada 2012, menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 bagi mereka yang berkhidmat selama 25 tahun atau lebih pada 2012, penetapan gaji terendah daripada RM832 kepada RM1,200 sebulan mulai Julai 2016 dan pemberian pergerakan gaji tahunan sebanyak tiga peratus setahun kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum, katanya.

Mesti Baca: Masuk Kerja Kerajaan Jalan Belakang (Bukan Dengan SPA)

Selain penambahbaikan dari segi struktur gaji dan perkhidmatan, kerajaan turut melaksanakan penambahbaikan dari sudut kebajikan penjawat awam.

Antaranya menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup atau COLA sebanyak RM50 sebulan pada tahun 2012 bagi penjawat awam yang tinggal di kawasan pinggir bandar dan menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan atau ITP minimumkepada RM300 sebulan pada 2015, katanya.

“Kesemua kemudahan dan imbuhan yang dinikmati oleh penjawat awam adalah kerana hubungan kerjasama yang kukuh antara kerajaan yang baik dan perkhidmatan awam yang cekap lagi efisien,” katanya.

“Barulah wujudnya satu simbiosis yang mantap dalam memecut dan to leapfrog atau melonjakkan Malaysia supaya tersenarai dalam kelompok 20 negara termaju dana terbaik di dunia menjelang tahun 2050,” kata perdana menteri. –Sumber

Tentu ramai yang sudah tidak sabar untuk mendengar berita gembira kakitangan awam yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2018 nanti.

Apapun, buat kerja macam biasa dahulu, jangan bermimpi yang indah-indah sangat nanti kecewa 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!