Menu

Bajet 2018: CUEPACS Mohon Naik Gaji Penjawat Awam 3 Peratus

Hari ini admin terbaca satu artikel yang akan membuatkan kakitangan awam tersenyum sampai ke telinga. Apa cerita lagi kalau bukan CUEPACS mohon naik gaji penjawat awam sebanyak 3 peratus dalam pembentangan Bajet 2018.

Seperti biasa, cerita CUEPACS minta naik gaji ni memang setiap tahun kita dengar menjelang pembentangan bajet. Apapun, kita tunggu dan lihat saja adakah permintaan mereka menjadi kenyataan atau tidak dalam pembentangan Bajet 2018 nanti.

Bajet 2018: CUEPACS Mohon Naik Gaji Penjawat Awam 3 Peratus

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan agar mempertimbangkan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus pada pembentangan Bajet 2018.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, jika diluluskan kenaikan itu akan membantu meringankan beban 62,000 penjawat awam dalam kategori B40 yang berdepan kos sara hidup yang tinggi.

Bajet 2018: CUEPACS Mohon Naik Gaji Penjawat Awam 3 Peratus

“Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.

Mesti Baca: Harga Bilik Hotel Naik RM2.50 Ke RM20 Mulai 01 Julai 2017

“Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan terutama bagi pekerja yang berpendapatan kira-kira RM1,200 sebulan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu di sini semalam – Sumber Kosmo Online!

Cerita bab naik gaji kakitangan awam ini memang akan timbul macam-mcam cerita terutama melibatkan etika kerja dan budaya kerja kakitangan awam yang dikatakan “tuang” atau culas dalam melakukan tugasan.

Bagi admin, bab kerja kakitangan awam sekarang sudah nampak perbezaan. Mereka semakin cekap seiring dengan kemajuan teknologi. Jika dahulu setiap permohonan memakan masa berbulan sekarang hanya beberapa minggu saja.

Lagi satu, tidak adil menghukum semua kakitangan awam tidak bekerja dengan baik sedangkan yang tidak baik di mata kita hanya sebilangan kecil saja.

Apapun, nanti admin akan update apakah kesudahan CUEPACS mohon naik gaji penjawat awam sebanyak 3 peratus dalam Bajet 2018 nanti.

Berjaya atau tidak?

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!