Banjir Terkini Temerloh: Deerland Hilang 7 Ekor Rusa , Racoon, Iguana Antara Yang Mati

Banjir terkini Temerloh agak luar biasa kerana berlaku di luar kebiasaan kerana bukan dalam musim tengkujuh. Antara yang menerima kesan buruk daripada banjir kali ini adalah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan Deerland di Bukit Rengit. Kedua-dua pusat pelancongan popular di Temerloh ini terletak berhampiran di antara satu sama lain.

Ketika admin menulis sekarang ini, sudah 831 orang menjadi mangsa dan ditempatkan di pusat pemindahan banjir. Admin sebagai anak jati Temerloh melihat situasi ketika ini masih terkawal tetapi hujan lebat hampir setiap hari boleh menjadikan keadaan bertambah buruk. Harap tak jadi macam tu..

Banjir Terkini Temerloh: Deerland Hilang 7 Ekor Rusa , Racoon, Iguana Antara Yang Mati

Banjir kilat luar biasa yang berlaku di sekitar Kuala Gandah dan Bukit Rengit pagi semalam turut menyebabkan pemilik Deerland masih belum menemui semula sekurang-kurangnya tujuh rusa peliharaan dipercayai dihanyutkan arus deras.

Abdullah Ahmad Mahmud berkata, lima yang belum ditemui rusa spesis ‘sika’ baka Taiwan dan dua spesis rusa sambar tempatan.

Mesti Baca: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Banjir

Menurutnya, kawasan tumpuan pelancong Deerland yang diusahakannya secara komersial sejak 2007 menempatkan lebih 100 rusa baka ‘timorensis’ lima baka ‘sika’ dan 10 baka sambar Malaysia.

Banjir Terkini Temerloh Deerland

“Antara binatang lain yang mati kita tak sempat nak selamatkan racoon dari Amerika, iguana dan beberapa spesis burung, rusa setakat ini tidak ada yang mati tapi masih hilang.

“Air naik terlalu cepat.jam 8 pagi masih boleh parking kereta depan pintu masuk ini, jam 12 kedai pejabat ini pun dah separuh tenggelam,” katanya.

Abdullah berkata, dia memerlukan sekurang-kurangnya lima hari untuk membaik pulih dan membersihkan kawasan Deerland yang terjejas akibat banjir itu.

Menurutnya, kerugian awal dianggarkan mencecah lebih RM100,000, semua binatang yang ada belum dapat dibanci berapa yang selamat dan mati.

Mesti Baca: Harga Durian Musang King RM100 Sekilo?

“Kita bagi semua binatang hilang tekanan dulu baru dapat tau berapa, buat masa sekarang tak boleh pasti berapa jumlah yang mati,” katanya.

Deerland kawasan tumpuan pelancong menempatkan rusa sebagai tarikan utama turut mempunyai spesis burung dan binatang kecil seperti hedgehog, ular sawa, racoon, iguana dan banyak lagi – Sumber

Harap banjir terkini Temerloh pulih dengan cepat kerana umat Islam akan menyambut Ramadhan tidak lama lagi.

Sekarang ini kita cuaca dunia sudah tidak menentu, banjir boleh berlaku bila-bila masa sahaja ditambah dengan kerakusan manusia meneroka hutan dan tempat tadahan air sehingga alam semulajadi menunjukkan amarahnya.

Mesti Baca: Semak Paras Air Sungai Dan Status Banjir Terkini

Leave a Reply

error: Content is protected !!