Bantuan Awal Sekolah RM100 Dibagi Mulai 04/01/2019

Mulai esok, 04/01/2019 kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia akan mula menyalurkan bantuan awal sekolah (BAP 2019) sebanyak RM100 kepada keluarga yang layak menerima.

Pelajar daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BAP 2019 yang dijangka memanfaatkan lebih 3 juta murid daripada seluruh negara.

Bantuan awal sekolah tersebut akan diberi secara tunai, sebarang pemotongan atau pemberian selain tunai tidak dibenarkan sama sekali.

Alhamdulillah. Bantuan awal persekolahan ini dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk membayar yuran dan membeli peralatan sekolah.

BAP yang dimulakan sejak Barisan Nasional memerintah dahulu diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Tahniah! perkara yang baik mesti diteruskan tidak kira siapa pun yang memerintah negara.

Bantuan Awal Sekolah RM100 Dibagi Mulai 04/01/2019

PUTRAJAYA – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2019 sebanyak RM312 juta akan mula disalurkan esok bagi memanfaatkan lebih 3 juta pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, peruntukan itu melibatkan seramai 3,121,774 orang pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di 10,175 buah Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Menurutnya, sebanyak RM16 juta lagi diperuntukkan untuk Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri yang diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta sekolah swasta yang berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Swasta.

Mesti Baca: 7 Kesan Buruk Anak Asyik Main Gajet

“Kementerian akan menyalurkan peruntukan itu terus ke akaun sekolah-sekolah terlibat setelah mendapat pengesahan bilangan murid yang layak daripada Jakim dan BPS,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Maszlee berkata, kementerian memberi tanggungjawab kepada pihak sekolah untuk mengagihkan bantuan itu dengan segera bagi meringan beban ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan.

“Setiap pelajar akan menerima RM100 setiap seorang dan agihan bakal dibuat pada bulan ini,” katanya sambil memberitahu, murid yang layak adalah dalam kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar RM3,000 dan ke bawah.

Tambah Maszlee, bantuan itu hendaklah diagihkan dalam bentuk tunai sepenuhnya dan sebarang pemotongan serta agihan selain daripada kaedah tersebut adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Kementerian telah mengambil segala tindakan bagi memastikan semua pelajar yang layak menerima BAP pada tahun ini.

“Dalam hal ini, kerjasama ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru dipohon bagi membolehkan pengagihan BAP dapat berjalan lancar,” katanya – SUMBER

Mulai esok, 04/01/2019 kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia akan mula menyalurkan bantuan awal sekolah (BAP 2019) sebanyak RM100 kepada keluarga yang layak menerima.

Leave a Reply

error: Content is protected !!