Bila Bantuan Sara Hidup (BR1M) Dihapuskan?

BR1M yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional untuk meringankan beban golongan berkenaan namun ianya dianggap rasuah oleh Pakatan Harapan (PH) sebelum memenangi PRU14. Selepas 100 hari PH berjaya membentuk kerajaan baru, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengurangkan dan akhirnya menghapuskan Bantuan Sara Hidup (BR1M). Rakyat mula tertanya-tanya bila bila Bantuan Sara Hidup (BR1M) dihapuskan?

Secara peribadi, admin melihat ada pro dan kontra dalam isu Bantuan Sara Hidup (BR1M) ini. Mengikut kata Tun M, rakyat tidak boleh dimanjakan dengan bantuan demi bantuan dan sampai bila rakyat diberi tongkat oleh kerajaan untuk menyara kehidupan.

Bantuan Sara Hidup (BR1M) Dihapuskan

Ya benar kalau kita memandang daripada sudut begitu tetapi kalau kita memandang daripada sudut berbeza, Bantuan Sara Hidup (BR1M) secara tidak langsung membantu golongan yang tidak berkemampuan memiliki tunai untuk simpanan atau perkara lain yang dapat meringankan beban mereka. Tidak banyak sedikit pun Bantuan Sara Hidup (BR1M) pasti melegakan golongan berkenaan.

Admin percaya apabila khabar Bantuan Sara Hidup (BR1M) dihapuskan, ianya pasti merunsingkan golongan yang menerima bantuan tersebut. Dengan menghapuskan Bantuan Sara Hidup (BR1M), kerajaan Pakatan Harapan akan menerima impak negatif daripada rakyat bawahan. Seperti kita sedia maklum, orang Melayu penerima Bantuan Sara Hidup (BR1M) tertinggi, secara tidak langsung undi daripada orang Melayu akan berkurangan dalam PRU15 nanti. PH mesti memandang serius isu ini dan memberikan penjelasan terbaik kepada rakyat sebelum PRU15 nanti.

Bila Bantuan Sara Hidup (BR1M) Dihapuskan?

Menurut Tun Dr Mahathir, Bantuan Sara Hidup (BR1M) akan dihapuskan secara beransur-ansur mulai sekarang dengan mengurangkan amaun yang akan diterima.

Bilakah masanya Bantuan Sara Hidup (BR1M) dihapuskan? Kita tunggu dan lihat sahaja. Mungkin tahun hadapan tiada lagi Bantuan Sara Hidup (BR1M). Baca sahaja kenyataan daripada Tun Dr Mahathir di bawah;

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia terpaksa dilakukan memandangkan rakyat terlalu dimanjakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesti Baca: Enam Cara Rapatkan Hubungan Dengan Anak

Bantuan Sara Hidup (BR1M) Dihapuskan

Mesti Baca: Lapan Cara Kawal Marah Di Tempat Kerja

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan, rakyat tidak patut merasakan mereka boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

“Najib memanjakan rakyat dengan membuatkan mereka fikir tanpa melakukan sebarang kerja kerajaan akan berikan wang kepada mereka.

“Sekarang kita tidak boleh berikan mereka wang kerana kita tidak mencuri wang, tetapi mereka masih mahu wang (BR1M),” katanya dipetik menerusi wawancara bersama portal The Malaysian Insight hari ini – Sumber 

Bagaimana dengan pendapat anda semua?

Wajarkah Bantuan Sara Hidup (BR1M) Dihapuskan? atau….

Teruskan Bantuan Sara Hidup (BR1M) tetapi kurangkan jumlahnya?

Secara peribadi, admin walaupun tidak menerima Bantuan Sara Hidup (BR1M), tetapi apabila melihat golongan emas seperti ibu admin apabila menerima bantuan tersebut terpancar wajah kegembiraan, ianya wajar diteruskan tetapi jumlahnya boleh dikurangkan untuk meringankan bebanan kerajaan PH.

Leave a Reply

error: Content is protected !!