Bayaran BR1M 2017 Peringkat Kedua Diawalkan Mulai 5 Jun

Berseronoklah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana Perdana Menteri Malaysia sudah mengumumkan bayaran BR1M 2017 peringkat kedua diawalkan mulai 5 Jun ini.

Pembayaran BR1M diawalkan bagi membolehkan penerima yang layak mendapat bantuan tersebut membuat persiapan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri kira-kira tiga minggu sahaja lagi.

Admin dapat tumpang gembira saja sebab tidak layak.

Bayaran BR1M 2017 Peringkat Kedua Diawalkan Mulai 5 Jun

Kenyataan Perdana Menteri melalui Facebook rasmi beliau berkata:

Sukacita saya umumkan bahawa pembayaran BR1M peringkat kedua diawalkan dan akan dibuat mulai 5 Jun kepada penerima yang telah menerima BR1M semasa peringkat pertama tempoh hari. Bagi permohonan rayuan, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun.

Saya harap bantuan ini akan dapat meringankan beban semua lebih-lebih lagi dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.

Bayaran BR1M 2017 Peringkat Kedua Diawalkan Mulai 5 Jun

Bagi pemohon BR1M yang telah membuat rayuan sebelum ini, bayaran akan mula dikreditkan ke akaun masing-masing mulai 17 Jun 2017.

Mesti Baca: Bahaya Media Sosial Kepada Masyarakat

Dengan bayaran BR1M 2017 peringkat kedua diawalkan mulai 5 Jun ini, diharapkan penerima menggunakannya ke arah yang betul.

Jangan terlalu boros berbelanja untuk persiapan hari raya dan kawal perbelanjaan sebaik mungkin.

Bagi yang tidak mendapat BR1M, jangan bersedih kita senasib 🙂

No Responses

Leave a Reply

error: Content is protected !!