Bazar Ramadhan Atau Masak Sendiri?

Apabila masuk sahaja bulan ramadhan, masing-masing dah mula pening kepala nak makan apa untuk berbuka puasa. Salah satu pilihan mudah adalah beli sahaja lauk pauk, kuih muih dan air di bazar ramadhan. Bazar ramadhan menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang menyelerakan bagi yang tidak sempat memasak terutama kepada golongan bekerja. Bazar ramadhan pun banyak. Kebiasaannya, setiap tempat atau daerah memiliki puluhan bazar ramadhan. Nak pergi yang dekat atau jauh, yang besar atau sederhana semua ada. Satu admin nak tanya pergi bazar ramadhan atau masak sendiri lagi best?

Bazar Ramadhan Atau Masak Sendiri

Sampai Masa Berbuka Makan Macam Esok Dah Nak Mati….

Berpuasa memang memenatkan tambahan pula dalam cuaca panas atau bekerja berat. Akibatnya, ramai yang lupa diri sehingga memborong pelbagai jenis makanan dan minuman di bazar ramadhan.

Nasi campur, air, kuih muih dan macam-macam lagi…

Sampai waktu berbuka puasa hanya makan nasi dan air saja… nak telan kuih muih dah tak larat perut sudah membulat kekenyangan 🙂

Akhirnya…..

Dipersilakan ke longkang….

Pergi Bazar Ramadhan Pecah Duit Tabung….

Ini memang tak boleh dinafikan. Setiap tahun harga makanan dan minuman di bazar ramadhan melambung naik.

Bawa RM10 apa sangat yang dapat dibeli di bazar ramadhan. Itu belum dikira kalau anak dah berguling-guling nak membeli mercun dan bunga api…

Seingat admin tahun lepas, gerai yang biasa admin beli satu roti sardin harga RM1.50 pada hari biasa tetapi di bazar ramadhan gerai tersebut menjual roti sardin RM3.00. Ambik kau!

Kuih tak payah ceritalah….

Jangan mimpi nak dapat 3 biji Rm1 lagi….

Memang cekik darah….

Kualiti Makanan Bazar Ramadhan Meragukan….

Hmmmm…. ini yang malas nak cakap ni..

Ada yang jujur ada yang main hentam je janji untung..

Mesti Baca: Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadan

Pernah tak anda beli lauk pauh yang berbuih kuah apabila sampai di rumah? Pendek kata dah basi…

Inti kuih tak sampai suku…

Admin pernah dengar cerita daripada adik admin sendiri yang pernah bekerja dengan orang menjual di bazar ramadhan mana-mana lauk yang tak habis jual hari ini mereka akan basuh dan masak lagi..

Contoh, sotong masak merah.

Bazar Ramadhan Atau Masak Sendiri?

Ok terpulang kepada pilihan masing-masing. Kalau rasa banyak duit pergilah bazar ramadhan. Tunjuk saja mana yang nak dan bayar selesai….

Bagi yang tak sempat memasak kerana bekerja, bazar ramadhan antara pilihan termudah.

Pilihan admin?

Masakan isteri dan ibu adalah pilihan utama.

Jika isteri tak masak, berbuka di rumah ibu atau adik beradik. Berkongsi makanan dan minuman, bawa dari rumah masing-masing dan makan ramai-ramai….

Seingat admin, dah lama tak membeli lauk pauk di bazar ramadhan. Jika pergi pun hanya membeli kuih dan air saja.

Target admin tahun ini pun tak mahu membeli lauk pauk di bazar ramadhan kerana salah satu sebabnya adalah KUALITI makanan tersebut.

Admin tetap akan pergi bazar ramadhan sebab admin suka melihat gelagat orang menjual, membeli dan melihat pelbagai jenis makanan serta minuman yang jarang-jarang dapat dilihat pada hari biasa.

Dah admin malas merepek lagi nanti kena marah dengan peniaga bazar ramadhan 🙂

Nak beli saja di bazar ramadhan atau masak sendiri?

Terpulang kepada anda… jika sempat cubalah masak sendiri lagi sedap tapi kalau tak sempat pergilah bazar ramadhan dan cuba kawal nafsu membeli tu.

Leave a Reply

error: Content is protected !!