Belum Sah Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya

Belum sah Mario Gomez jurulatih Harimau Malaya. Itulah perkhabaran terbaru status jurulatih Harimau Malaya bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee.

Sebelum ini, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang baru sahaja dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan belas jurulatih JDT, Mario Gomez sebagai orang yang bertanggungjawab memulihkan maruah pasukan Harimau Malaya.

Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya? Belum Ada Keputusan….

 Mario Gomez Jurulatih Harimau Malaya

Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberitahu perbincangan masih berjalan dengan jurulatih dari Argentina itu kerana Mario Gomez meminta gaji yang terlalu tinggi melebihi gaji semasa masih berkhidmat dengan JDT.

“Mario meminta gaji lebih tinggi daripada yang diterimanya ketika bersama JDT. Saya fikir permintaannya itu tidak munasabah dan kami masih berunding, dan dia belum membuat keputusan,” kata Tunku Ismail.

Menurut Tunku Ismail, jika Mario Gomez tidak dipilih sebagai jurulatih Harimau Malaya, pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe masih tetap berpeluang untuk mengembangkan bakatnya bersama skuad kebangsaan setelah FAM menawarkan jawatan penolong jurulatih kepadanya – Sumber Utusan Online

Mesti Baca: No. Plat “Rimau” Sempena Sukan SEA 2017

Bagi admin, Mario Gomez memang dilihat layak menggalas tugas jurulatih Harimau Malaya selepas cemerlang mengendalikan JDT mencipta sejarah muncul juara Piala AFC pada 2015.

Tetapi mungkin kesilapan terlalu awal mengumumkan pemilihan Mario Gomez sedangkan rundingan masih berjalan dan tiada kata putus muktamad.

Apapun, kita tunggu berita selanjutnya sama ada Mario Gomez jurulatih Harimau Malaya menjadi kenyataan atau tidak nanti 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!