Menu

Benjamin Netanyahu Henti Kerjasama Dengan 12 Negara Undi Singkir Israel

Israel Henti Kerjasama Dengan 12 Negara Undi Singkir. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu kerjasama dengan 12 negara yang mengundi menyingkirkan mereka daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digantung serta-merta.

Senarai 12 negara yang terlibat adalah Britain, Perancis, Rusia, China, Jepun, Ukraine, Angola, Mesir, Uruguay, Sepanyol, Senegal dan New Zealand.

Benjamin Netanyahu

Rakyat Israel juga akan dihadkan daripada memasuki 12 negara tersebut dan duta negara-negara berkenaan tidak akan dialu-alukan di Kementerian Luar Israel. Namun begitu, duta Israel yang berada dalam negara-negara berkenaan akan tetap bekerja seperti biasa.

Tindakan Israel ini susulan daripada 12 negara terbabit mengundi untuk menyingkirkan Israel daripada PBB kerana melanggar Perkara 1 Piagam (United Nations Charter 1945).

Baca Juga: Coklat Daim Dan Toblerone Tiada Sijil Halal Jakim

Selain itu, Israel juga naik angin selepas resolusi Majlis Keselamatan 2334 yang turut melibatkan Malaysia menganggap penempatan haram Israel di Tebing Barat adalah haram daripada segi undang-undang antarabangsa.

Langkah diambil Benjamin Netanyahu berkenaan tidak akan memberikan kesan terhadap mana-mana pihak, tidak lebih sekadar menunjukkan Israel naik darah’ menurut laporan agensi berita antarabangsa, CNN.

Agak mengejutkan kali ini apabila “sahabat baik” Israel, Amerika Syarikat (AS) juga tidak menggunakan kuasa veto mereka seperti biasa untuk melindungi Israel. Ini menambahkan lagi kemarahan Israel.

Tindakan Israel ini sekadar mahu menunjukkan mereka sedang marah saja. Berani ke Israel nak lawan 12 negara tersebut seorang diri?

Amerika pun dah bosan agaknya dengan Israel sampai mereka pun tak mahu masuk campur kali ni atau mungkin juga ini “wayang kulit” Israel-Amerika?

Bakal presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pun penyokong kuat Israel dan dah janji macam-macam dengan Benjamin Netanyahu sebelum pilihan raya presiden Amerika ke-45 baru-baru ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!