Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam? Nak Mandi Baca Dahulu….

Seronok bawa anak-anak mandi kolam betul tak? Dah namanya budak mesti ada yang kencing dalam kolam, kita pun syok sangat mandi telan sekali air tu. Hari ini admin ada terbaca di Sinar Harian Online berapa liter air kencing dalam kolam? Mudarat atau tidak kepada kita? Jom kita baca sama-sama.

Zaman sekarang dah jadi “trend” mandi di taman tema air seperti Sunway Lagoon, Taman Awam Kubang Gajah, Gambang Water Park dan macam-macam lagi.

Memang seronok mandi kolam. Bapa budak pun tak kurangnya boleh lupa diri, kadang-kadang lebih budak daripada budak sendiri.

Tapi…… sedar tak berapa liter air kencing dalam kolam yang kita seronok sangat menyelam, bersuka ria sambil minum air kolam tu??

Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam

Penyelidik dari Universiti Alberta, Kanada melakukan uji kaji terhadap tahap pencemaran urin atau air kencing yang terdapat sesebuah kolam renang melibatkan 250 sampel daripada 31 kolam renang dan tab air panas di dua bandar sekitar Kanada.

Mesti Baca: Jom Tengok Gaya Makan Rakyat Malaysia. Mungkin Terkena Batang Hidung Sendiri

Hasil keputusan ujian berapa liter air kencing dalam kolam tersebut mendapati bahawa bagi kolam renang yang dipenuhi 830,000 liter air dengan kira-kira 1/ 3 keluasan kolam renang Olimpik dicemari dengan 75 liter urin atau air kencing manakala kolam yang lebih kecil pula mencatatkan 30 liter bacaan urin.

  • Kolam Besar: 75 liter urin/air kencing
  • Kolam Kecil: 30 liter urin/air kencing

Menerusi kajian tersebut, para penyelidik mengukur tahap pemanis tiruan, asesulfam-K (ACE), yang melepasi sistem tubuh badan secara menyeluruh yang dikenal pasti sebagai ‘penanda aras tahap urin yang ideal’.

Berapa Liter Air Kencing Dalam Kolam

Biarpun urin secara saintifiknya tidak memudaratkan (steril), bagaimanapun, keberangkalian ia bercampur dengan bahan-bahan kimia di dalam kolam telah mencetuskan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang akan dialami pengguna fasiliti awam tersebut – Sumber

Bahasa sains ni memang susah nak faham kena baca banyak kali.

Ok apa yang admin faham, berapa liter air kencing dalam kolam bukan ukuran bahaya atau tidak tapi campuran air kencing dengan bahan-bahan lain dalam air dikhuatiri mencetuskan bahaya lain yang menjejaskan kesihatan.

Macam mana dengan anda?

Memang jijik apabila mengenangkan mandi dalam kolam yang terdapat air kencing tapi nak buat macam mana betul tak?

Dah namanya taman tema air……

Nak mandi kolam lagi tak?

Pejam mata dan jangan telan air sudah 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!