Menu

Berita Terkini MH370: Pesawat Menjunam Dalam Laut

Berita terkini MH370 mendapati pesawat malang tersebut dipercayai hilang kawalan ketika menjunam ke dalam laut dengan kepak sayapnya berada pada kedudukan tidak bersedia untuk mendarat.

Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB) melaporkan komunikasi satelit terakhir MH370 adalah konsisten dengan situasi pesawat tersebut menjunam semakin laju sebelum hilang.

Berita Terkini MH370

Analisis kepak sayap kanannya yang ditemui di Tanzania mendapati, komponen itu berada dalam kedudukan tertutup ketika terpisah dari sayap, membayangkan MH370 tidak bersedia untuk melakukan pendaratan lalu terhempas ke dalam laut.

Berita terkini MH370: Tiga Serpihan Pesawat Di Lautan Hindi Milik MH370

Pasukan penyiasat bagaimanapun mengesahkan tiga serpihan yang ditemui di sepanjang perairan barat Lautan Hindi adalah milik pesawat MH370.

Usaha mencari telah merangkumi kawasan seluas lebih 110,000 kilometer persegi daripada keluasan 120,000 kilometer persegi yang diputuskan, manakala operasi mencari MH370 dijangka tamat awal tahun hadapan.

Berita Terkini MH370

Kehilangan MH370 Terus Menjadi Tanda Tanya

Pesawat jenis Boeing 777 milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 08 Mac 2014.

Walaupun usaha mencari secara besar-besaran di dasar bawah laut dilakukan di luar perairan Australia Barat selama berbulan-bulan, tiada kesan pesawat itu ditemui sehingga kini.

Malah, mayat penumpang dan anak kapal juga tidak dijumpai sehingga kini walaupun untuk mencari secebis bukti peninggalan mayat seperti kad pengenalan, pasport dan sebagainya. Sumber berita Kosmo Online.

Susah nak bayangkan bagaimana MH370 terhempas tanpa meninggalkan kesan seperti serpihan pesawat, mayat, barang milik penumpang dan anak kapal MH370.

Walaupun tiga serpihan yang ditemui di sepanjang perairan barat Lautan Hindi disahkan adalah milik pesawat MH370 tapi ianya masih tidak cukup merungkai misteri MH370 ini.

Kita berharap berita terkini MH370 seterusnya akan dapat merungkai kehilangan MH370 ini dan mencari punca sebenar pesawat ini hilang begitu sahaja.

Leave a Reply

error: Content is protected !!