Tahu Tak Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah?

Seronok sangat pandu kereta bawa awek bersiar-siar tiba-tiba bateri kereta rosak atau biasa orang panggil bateri “kong” apa nak buat? Puas hidupkan enjin kereta tak boleh juga? Buka bonet tengok air bateri kering! Padan muka kau sebab tak ambil tahu langsung bab bateri kereta. Itupun, entah tahu ke tidak beza bateri kering dan bateri basah?

Admin nak cerita bab bateri kereta sedikit. Tak pandai sangat tetapi kalau kita dah pakai kereta agak lama mesti dah tahu serba sedikit bab bateri kereta.

Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah, Mana Yang Lebih Baik?

Seperti yang kita sedia tahu, bateri kereta kereta ini ada dua jenis iaitu sel kering (bateri kering) dan sel basah (bateri basah). Anda guna yang mana? Mana yang lebih baik berdasarkan pengalaman anda?

1. Bateri Kering/Sel Kering

Senangnya penggunaan bateri kering ini anda tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Jangan cuba cari, memang tak jumpa!

Kalau begitu, senanglah anda , tak perlu fikir nak tambah air bateri berapa kali seminggu. Tak payah fikir. Cukup masa jangka hayat bateri habis (minimum setahun, paling lama dua tahun atau lebih).

Mesti Baca: Semakan Status Muflis Secara Online Mulai 11 Mei 2017

Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah

Apapun, harga bateri kering agak mahal jika dibandingkan dengan bateri basah. Anda nak mudah tak nak fikir apa pakailah bateri kering, cuma siap sedia dengan duit sahaja.

Contohnya, harga bateri basah RM140, harga bateri kering mungkin dalam RM150-RM200 bergantung kepada jenama bateri dan kenderaan anda.

2. Bateri Basah/Sel Basah

Bateri basah memerlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan air bateri. Lazimnya, ketahanan bateri basah bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta.

Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah

Mesti Baca: Pakai Kanta Lekap? Beringat Sebelum Terlambat!

Untuk memastikan bateri basah dalam keadaan yang baik dan tahan lama, anda digalakkan untuk memeriksa paras air bateri seperti berikut:

  • Sekurang-kurangnya seminggu sekali jika anda menggunakan kereta untuk urusan harian terutama kalau suka merayap waktu malam.
  • Sekurang-kurangnya 2 atau 3 minggu sekali jika jarang menggunakan kereta

Beza Bateri Kering Dan Bateri Basah

Kalau kurang paras air, isilah air bateri pada paras yang ditunjukkan pada badan bateri tersebut. Kurang sangat tak boleh, lebih sangat paras air bateri pun tak boleh tahu! Agak-agaklah ya..

Mana Yang Lebih Baik? Bateri Kering Ke Bateri Basah?

Bergantung kepada anda sebenarnya. Kalau anda pernah gunakan kedua-duanya, mesti tahu perbezaan, kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Berdasarkan pengalaman admin sendiri, bateri basah boleh digunakan dalam jangka hayat yang lama juga jika diselenggara dengan baik seperti kerap membuat pemeriksaan paras air bateri.

Jangka hayat bateri basah kereta admin pernah mencecah hampir 4 tahun!

Nasib atau memang admin “terror”?

Payah nak dapat tahu 🙂

Semuanya bergantung kepada kekerapan penggunaan kereta, cara menjaga paras air bateri dan NASIB juga memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat bateri kereta.

Banyak faktor lain juga memainkan peranan seperti alternator yang berfungsi untuk mengecas bateri sudah rosak, pendawaian (wiring) kereta rosak dan LUPA TUTUP LAMPU (ini kecuaian biasa).

Itulah beza bateri kering dan bateri basah, juga kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Admin menulis berdasarkan pengalaman sendiri.

Mungkin anda setuju dan mungkin pengalaman anda berbeza betul tak 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!