Menu

Bil elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017

Kerajaan bersetuju mengekalkan kadar purata tarif elektrik asas yang dikenakan kepada pengguna di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun tahun depan. Ini bermakna pengguna tidak perlu risau bil elektrik naik menjelang 2017 nanti.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, kerajaan juga bersetuju melepaskan penjimatan daripada mekanisme kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RM766.33 juta melalui rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWj di Semenanjung kepada semua pengguna kecuali pengguna yang menggunakan elektrik bulanan di bawah 300kW/j dan ke bawah.

Bil elektrik Tak Naik Sehingga Jun 2017

bil elektrik

Beliau berkata, bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, rebat sebanyak 1.20 sen/kWj turut diberikan kepada pengguna dalam kategori yang sama.

“Dengan pengekalan rebat oleh kerajaan itu, pengguna tidak akan membayar bil elektrik yang lebih tinggi sekiranya jumlah penggunaan elektrik adalah sama,” katanya hari ini.

Baca Juga: BR1M 2017: Cara Kemaskini Permohonan

Katanya, sehingga kini, jumlah keseluruhan rebat bil elektrik yang dinikmati oleh pengguna-pengguna ialah RM4.09 bilion di Semenanjung dan RM126.26 juta di Sabah yang mula diberikan sejak 1 Mac 2015 sehingga 30 Jun 2017 – Sumber MyMetro Online (14/12/2016)

Kenyataan daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini pasti memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia kerana kenaikan kos sara hidup ketika ini dilihat menekan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Jadi, hentikan dan jangan percaya khabar angin bil elektrik naik menjelang tahun 2017 ini. Teruskan hidup seperti biasa dan berusaha mencari pendapatan tambahan seperti berniaga online, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.

No Comments

Leave a Reply

error: Content is protected !!