Menu

Biodata Melania Trump Wanita Pertama Amerika

Melania Trump menjadi tumpuan selepas pelantikan rasmi Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-45. Berikut adalah biodata Melania Trump, Wanita Pertama AS.

biodata melania trump

Peringkat Awal Kehidupan

Dilahirkan di Novo Mesto, Melania merupakan anak perempuan kepada pasangan Amalija dan Viktor Knavs. Bapanya merupakan seorang jurujual kereta manakala ibunya adalah pereka pakaian kanak-kanak.

Beliau dibesarkan di sebuah pangsapuri sederhana bersama kakaknya Ines dan abangnya Denis. Ketika remaja, keluarganya berpindah ke Sevnica dan Melania mendaftar di Sekolah Menengah Reka bentuk dan Fotogafi di Ljubljana.

Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Ljubljana selama setahun sebelum berhenti untuk menjadi model.

Kehidupan Sebagai Model

Mula menjadi model ketika berusia 5 tahun sebelum membuat iklan komersial pertama di usia 16 tahun bersama jurugambar Slovenia, Stane Jerko.

Dua tahun kemudian, Melania menandatangani kontrak dengan sebuah agensi di Milan, Itali.

Dalam satu pertandingan Look of the Year anjuran Majalah Jana pada tahun 1992, beliau memenangi tempat kedua yang menjanjikan tiga peserta teratas untuk kontrak peragaan antarabangsa.

Di awal kerjaya, Melania bekerja di Milan dan Paris sebelum berpindah ke New York pada tahun 1996. Di sana, beliau berpeluang bekerja dengan beberapa jurugambar terkenal seperti Patrick Demarchelier dan Helmut Newton.

Beliau turut diberi peluang menjadi gadis muka depan untuk pelbagai majalah termasuk Harper’s Bazaar (Bulgaria), Vanity Fair (Itali), GQ dan Sports Illustrated Swimsuit Issue.

Mesti Baca: PRU14: Cara Dan Semakan Daftar Pemilih

Biodata Melania Trump

Berkahwin Dengan Donald Trump

Melania bertemu suaminya, Donald Trump di sebuah acara fesyen di New York pada 1998. Ketika itu, Trump masih berkahwin dengan Marla Maples.

Meskipun pada awalnya, Melania menolak untuk rapat dengan Trump, namun mereka akhirnya bersatu dan bertunang pada 2004. Setahun selepas itu, pasangan ini berkahwin di Palm Beach, Florida dan dikurniakan seorang anak lelaki, Barron pada 2006.

Kelmarin, Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-45 AS dan Melania menjadi Wanita Pertama dari luar yang berhijrah ke Washington.

Sebagai wanita pertama, Melania berikrar untuk membantu wanita dan kanak-kanak selain ingin memerangi jenayah pembuli siber terutama di kalangan kanak-kanak. Sumber 

Begitulah serba sedikit biodata Melania Trump, Wanita Pertama AS.

Pasti Melania Trump menjadi tumpuan bukan kerana hanya beliau Wanita Pertama Amerika tetapi juga kerana kecantikannya.

Bagaimana beliau akan membawa diri dan berhadapan dengan umum di samping Donald Trump yang dibenci sebahagian besar rakyat Amerika dan dunia?

Leave a Reply

error: Content is protected !!