DUA Cara Popular Bagaimana Blog Menjadi Sumber Pendapatan

Buat duit dengan blog adalah salah satu cara paling mudah untuk buat duit secara online. Mudah? Ya jika anda tahu cara yang tepat menukarkan blog kepada sumber pendapatan. Jika anda memiliki blog, amat rugi sebenarnya jika blog anda tidak memberikan pulangan walaupun 1 sen. Jika alasan anda menulis di blog kerana minat semata-mata mengapa tidak jadikan blog itu mesin duit? Nah! anda nampak kerana minat anda mendapat pulangan. Tetapi, bagaimana blog menjadi sumber pendapatan? 

Blog Menjadi Sumber Pendapatan

Soalan ini hanya terjawab jika anda mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan duit daripada blog. Apakah cara-cara membuat duit dengan blog?

Pengalaman admin sendiri, untuk membuat duit dengan blog bukan perkara mudah dan tidak juga terlalu susah. Semuanya bergantung kepada kemahiran dan teknik bagaimana anda menggunakan blog itu untuk menghasilkan duit.

Dua Cara Mudah Bagaimana Blog Menjadi Sumber Pendapatan

Admin senaraikan DUA cara menghasilkan duit dengan blog berdasarkan pengalaman admin sendiri. Ada banyak cara lagi buat duit dengan menulis di blog, anda boleh google atau bertanya kepada mereka yang lebih mahir.

1. Jadi Agen Affiliate, Menulis Artikel Produk Di Blog

Ini paling mudah sebenarnya. Daftar sebagai agen bagi mana-mana program affiliate (biasanya pendaftaran PERCUMA) dan mulakan promosi di blog selepas anda mendapat Link Affiliate.

Tulis artikel berkaitan produk yang anda promosi dan sangat digalakkan untuk anda menyediakan BORANG PENDAFTARAN (Opt-In Form) untuk mengumpul prospek atau dipanggil LIST kerana anda boleh membuat promosi kepada prospek berulang-ulang kali selagi mereka masih dalam senarai LIST anda.

Artikel yang mempromosikan produk secara terus dengan Link Affiliate agak kurang berkesan berdasarkan pengalaman admin sendiri.

Admin sendiri telah menghasilkan beribu-ribu komisen affiliate daripada blog dengan promosi pelbagai jenis produk kebanyakannya EBOOK. Tetapi, agak segan nak tunjuk pendapatan admin yang tak seberapa itu 🙂

Blog Menjadi Sumber Pendapatan

Menariknya, jika anda seorang yang mahir meletakkan artikel blog anda pada muka hadapan Google atau enjin carian itu satu KELEBIHAN besar!

Orang biasa panggil SEO. Kalau anda mahir SEO, setiap carian produk melalui enjin carian akan keluar blog anda pada muka hadapan. Ini cara pemasaran percuma yang memberikan pulangan lumayan jika diaplikasikan dengan betul.

2. Google Adsense

Selain itu, platform pengiklanan daripada Google seperti Google Adsense juga di antara cara mudah blog menjadi sumber pendapatan. Anda boleh memohon akaun adsense dengan Google tetapi syaratnya agak ketat, hanya blog yang mematuhi syarat daripada Google sahaja yang layak mendapat akaun adsense (dengar katanya untuk mendapatkan akaun Adsense sekarang ini agak mudah).

Biarkan Google yang meletakkan iklan di blog anda mengikut kesesuaian niche blog dan artikel. Setiap klik daripada iklan yang terpapar di blog, anda akan dibayar. Walaupun jumlahnya hanya SEN sahaja bagi setiap klik tetapi anda dibayar dalam matawang USD!

Mesti Baca: Cara Buat Duit Dengan Adsense

Bayangkan USD! darab dengan matawang Malaysia 4 kali ganda betul tak? Cukup 100 USD pendapatan Adsense, anda akan dibayar.

Ramai rakan admin yang buat duit dengan Google Adsense, pendapatan mereka daripada Adsense beribu USD sebulan, baca sekali lagi beribu USD sebulan!

Itulah dua cara popular bagaimana blog menjadi sumber pendapatan.

Tidak perlu banyak sangat cara, cukup kuasai sedikit dahulu cara dan kemudian kembangkan dengan cara lain pula untuk buat duit dengan blog.

Apapun, terpulanglah kepada anda untuk menggunakan minat menulis di blog menjadi sumber pendapatan 🙂

Leave a Reply

error: Content is protected !!