Boikot Piala AFF 2016 Jejas Sukan SEA 2017

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo tindakan boikot Piala AFF 2016 hanya menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijatuhkan hukuman oleh Fifa.

Malaysia boleh melupakan acara bola sepak pada Sukan Sea 2017 andai penarikan diri Piala AFF 2016 di Myanmar diteruskan.

Baca Juga: Boikot Piala AFF: Keputusan Jumaat Ini

Hukuman FIFA terhadap kesalahan dalam bola sepak ada banyak kategori dan salah satunya campur tangan politik dalam sukan akan membawa hukuman lebih berat seperti penggantungan FAM.

boikot piala aff 2016

Sekiranya FAM digantung susulan tindakan boikot Piala AFF 2016, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraikan sukan bola sepak dalam Sukan SEA 2017 nanti.

Isu penarikan diri daripada Piala AFF 2016 di Myanmar dibangkitkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mana isu ini akan dibincangkan oleh Jemaah Menteri pada hari Jumaat (25 November 2016) untuk menentukan hala tuju pasukan Malaysia dalam saingan Piala AFF 2016.

Dalam sejarah bola sepak Malaysia, kita pernah memboikot Sukan Olimpik 1980 di Moscow kerana membantah pencerobohan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan.

Kita tunggu apa keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada hari Jumaat (25 November 2016) ini untuk melihat isu boikot Piala Aff 2016 menjadi kenyataan atau tidak.

Memang ada kesan buruk daripada penarikan diri, tetapi adakah kita lebih sanggup melihat sekelompok etnik Rohingya yang ditindas itu menjadi pelarian, dibunuh, dirogol dan sebagainya di Myanmar terus berleluasa?

Inilah masanya kita “mengajar” negara yang kurang ajar dengan tindakan kurang ajar 🙂

Baca Juga: Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Leave a Reply

error: Content is protected !!